Wednesday, October 24, 2012

Wednesday Blues!!!

Hari ni last day kerja..Esok cuti..Best kan??? Erh korang cuti jugak ke?Hehehehe...Tak sabar nak habis waktu kerja..baru masuk kerja rasa macam ooooohhhh lambatnya pukul 5..Nak balik nak balik..Pastu nak balik kampung..Yuhuuu..bestnya!!! Lama dah tak balik kampung tercinta.. Nak jumpa family tercinta..Rindu rindu rindu!!!

Semalam dah siap-siap packing barang..Pastu hubby tegur "erh lambat lagi la nak balik"..Then i was confused "erh esok kan rabu..kan esok kite balik"..Haishh..saje je tau!!! Barang baby pun dah siap2 standy je dalam kereta..Angkut sekali ngan box yang penuh ngan barang baby tu..Sebabnya eventhough due lagi 3 weeks, tapi baby dah cukup bulan..If buatnya dia tergedik-gedik nak keluar time kat kampung, pastu barang plak semua kat sini, mahunya tak kelam kabut kan...tak pepasal nanti hubby nak kena balik ambil plak..

Tahun ni parents aku buat Qurban lagi..So bestnya..Ada banyak DAGING!!! Yang tak bestnya adalah hari-hari akan makan daging tu sampai pengsan.. Balik kampung nie nak suruh Mama buatkan gulai daging , cicah ngan roti..Fuhhh..maveles...

Lepas balik raya haji, masuk kerja lagi 2 weeks..InsyaAllah..pastu cuti cuti dan cuti lagi..With my newborn baby..InsyaAllah...Doakan semuanya selamat ye!! Thank you!!!


Monday, October 22, 2012

Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Menyambut Kelahiran Bayi

  • Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 
  • Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
  • Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 
  • Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 
  • Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
  • Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 
  • Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 
  • Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  • Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

Wednesday, October 17, 2012

Baby Progress 36 Weeks

Mesti korang menyampah ken???? Setiap kali publish entri pasal baby..Baby Baby Baby..Macam  dia sorang pregnant ken??? Hade aku kesah, nok???? Sebenarnya nampak nau tak de idea nak conteng kat blog buruk yang bajet ramai orang bace padahal nonhado...

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)
Memang sejak menjak seminggu ni rasa tak selesa sangat...Semalam g check up doctor cakap baby dah turun....Pastu sakit perut datang tetiba selang sejam dua..Kalau dah duduk atau baring, nak bangun berjalan tu memang seksa yang amat..dan sakit kat bahagian celah kangkang..Jalan pun dah macam itik la rasa..dan dah malas nak keluar g jenjalan bagai..wikend lepak rumah je la..
 

Friday, October 12, 2012

Bulan-Bulan Terakhir Kehamilan

Sekarang dah masuk trimester ketiga..Dan beberapa minggu je lagi baby nak kuar..Asyik nak ulang ayat "eee...tak sabarnya.." ..Padahal nak cover nebes sebenarnya..

Dah akhir-akhir nie banyak lah benda-benda yang berlaku dan di alami..Antara benda pelik yang menghantui hidung aku nie ialah BAU SAMPAH.. Siyes tak tahan bile hidung nie asyik bau sampah sampaikan badan sendiri pun rasa macam bau sampah.. Hubby pun dah fedup bile aku asyik tanya ada bau sampah tak... Tapi memang hidung aku nie memanjang je bau sampah tak kira lah kat opis ke kat rumah ke...Padahal tak ade sampah pun ... Rasa macam nak cabut hidung letak kat tepi..ekekekke..

Yang keduanya..PANAS PANAS PANAS sampai berpeluh-peluh even duk dalam ekon..Kat opis siap letak kipas bebetul belakang kerusi padahal kat opis dah tentunya ber-ekon. Bila kat rumah pulak semua kipas kat hall pasang.. Time tido lagi la sangat seksa..Rasa macam mandi peluh..Padahal kipas dah pasang full.. Last2 merempat kat kaki hubby sebab tu port kipas..tapi tetap panas jugak...uhuhuhuhu..Rasa cam nak letak katil dalam kolam renang...

Dan sekarang ni kalau balik kerja dah tak larat nak masak..Apetah lagi kalau balik rehat dulu lagila..malam tu time nak masak je rasa terketar-ketar berdiri lama-lama.. So, dengan buat muka kesiannya cakap ngan hubby pasni makanan beli je kat luar....

Another 5 weeks to go.....

Monday, October 8, 2012

Petua Memudahkan Kelahiran


Thursday, October 4, 2012

Jom Teka Jantina Baby

Lagi +-6 weeks je lagi nak melahirkan..Eeee....tak sabarnya..Nervous pun ada gak bila baca dan dengar banyak cerita-cerita tentang kesakitan nak bersalin ni..Kadang-kadang rasa cam, ala menyesal baca..Tapi hari-hari tangan tetap gatal duk menggoogle jugak...

Aku memang tak scan kandungan aku nie..Last dulu scan kat klinik kesihatan masa baby umur 19weeks, tapi doc cakap tak nampak lagi jantina dia....Lepas daripada tu memang tak de scan..Plan nak scan 3d/4d rasa cam membazir je bayar RM200..kesimpulannya, biar surprise..


Dalam pada tu nak jugak main teka-teka kan...Mari bermain teka-teki.....

1. Jika LELAKI, anda tidak akan mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan, atau tiada langsung..sebaliknya kalau PEREMPUAN...
- aku aritu morning sickness sampai dah nak masuk 6 bulan baru stop..tu pun tak lah tiap2 hari..ikut time2 dia nak datang...

2. Jika LELAKI dengupan jantung bayi kurang dari 140 seminit.
- setakat arini tak pernah lagi dengupan jantung baby kurang 140, selalu 150-155, paling kurang pun 148..Tapi kakak iparku yang nurse kata, yang nie tak leh dipercayai lah...

3. Jika LELAKI anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh sebaliknya jika PEREMPUAN beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
- perut ke depan, rasa berat kat depan la..huhuhuhu..

4. Jika LELAKI perut anda kelihatan bulat sempurna teta[i condong ke bawah sebaliknya jika PEREMPUAN perut akan kelihatan lonjong/membujur dan condong ke atas.
- Siyes tak reti nak tengok bulat ke lonjong ke bujur ke...

5. Jika LELAKI suka makan makanan masam dan masin sebaliknya jika PEREMPUAN mengidam makanan yang manis.
- Tak suka makan yang masam-masam, tak pernah sentuh asam sejak mengandung..jeruk pun pernah makan sebiji dua je sebab terliur tengok hubby makan... Tapi kalau makanan masin dan manis..suka sangat..contohnya coklat....

6. Jika LELAKI muka anda lebih berseri-seri, sebaliknya jika PEREMPUAN kulit anda akan mudah bermasalah.
- Yang nie kan tak pasti la erk mana satu betul, orang kata kalau baby girl yang muka berseri, ada orang kata baby girl..Herm entahla..tapi setakat nie ramai yang cakap muka aku berseri masa pregnant nie..pastu kulit muka aku memang tak de masalah langsung.. seingat aku sepanjang pregnant nie seketul dua je jerawat timbul tu pun sebab lepas kuar rumah waktu malam tak cuci muka before tido..

Kesimpulannya aku pun tak tahu lah..hehehehe...Kebanyakkan orang cakap aku mengandung baby girl..mak mertua aku pun..Hubby yang nak sangat baby boy dan asyik cakap baby nie boy..tetiba ada suatu hari tu dia tido dalam mimpi ke mamai ke, dia pegang perut aku dan cakap "baby girl ni" ..bila aku tegur dia senyap tidur rupanya...

Instinct aku lagi lah tak leh pakai..Sebab tak de instinct langsung..Cis..apedaa... Macam orang tak de perasaan..dah beberapa kali aku mimpi dah bersalin, tapi bila dalam mimpi tu macam tak sure jantina apa...tapi aku suka sangat bila tengok baju baby girl..cute gile..dan rasa cam nak beli je..hahahha..

Baby boy ke girl ke tak kisahlah..Janji sihat walafiat...

Wednesday, October 3, 2012

Resepi Agar-Agar Milo

Resepi ni aku ambil dari blog HomeSweetHome
Hari tu rasa macam teringin nak makanbenda yang sejuk-sejuk macam nie..
So google2 dapatlah resepi agar-agar milo nie


Bahan (Lapisan Coklat) 
8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan 
1 3/4 cawan air  
1/3 cawan gula 
3/4 cawan serbuk Milo 

Cara-Cara:- 
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. 
Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. 
Tapiskan. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau dalam acuan yang dikehendaki. 
Biarkan beku sebentar. 
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nanti.

 Bahan Lapisan Susu:- 
10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) 
1 1/2 cawan air  
1/2 cawan gula 
1 cawan susu cair 
beberapa titis esen vanila 

Cara-Cara:- 
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut. 
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan. 
Masukkan susu cair dan esen vanila. 
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. 
Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.


Monday, October 1, 2012

Blueberry Cheese Cake

Hasil dari tepung ready mix cheese cake yang dibeli dari membe..
Mudah je nak buat..dan memang BEST!!!!
Tak rugi beli...