Friday, November 29, 2013

GENIE BRA MURAH!



013-7436026 (SMS/WHATSAPP) 

GENIE BRA TAKDE CANGKUK TAKDE DAWAI TAPI ADA SPAN !! SELESA NYA !!!

HARGA 1 KOTAK ADA 3PCS = RM50.00
 (+RM6 postage)

Adakah anda menghadapi masalah seperti berikut :-

✔ TALI BRA ATAU STRAP SELALU TERLUCUT
✔ KAIN GATAL DAN TIDAK SELESA
✔ SUSAH NAK CARI BRA YANG BETUL2 FIT DENGAN SAIZ DADA ANDA
✔ RUMIT NAK JAGA ATAU MAINTAIN BRA
✔ BERBEKAS TALI BRA KALAU BADAN KITA BERLEMAK
✔ PIN PENYANGKUT SELALU PATAH/ROSAK
✔ SAKIT BELAKANG
✔ NAK PAKAI BRA YANG SELESA TAPI MAHAL!

Kini segala masalah anda akan selesai jika anda bertindak untuk TUKAR bra anda kepada Amazing Bra. Jadi Kenapa anda perlu TUKAR ??

100% TERBUKTI!!! YANG PENTING ADA SPAN OK !!!

✔ SESUAI DENGAN SEMUA PERINGKAT UMUR
✔ KAIN TIDAK GATAL , SELESA DAN BERGAYA
✔ PENGUDARAAN YANG BAGUS
✔ MENAMBAH KEYAKINAN DIRI
✔ NAMPAK LEBIH MUDA
✔ BOLEH DIBASUH GUNA MESIN
✔ BOLEH DIKERINGKAN GUNA DRYER / SPIN
✔ TAHAN LASAK DAN SENANG JAGA
✔ MUDAH DIPAKAI
✔ TAK PERLU RISAU BADAN NAIK KE TURUN
✔ YANG PALING PENTING BRA INI MAMPU DIMILIKI SEMUA

SET COLOR ; BIRU, PINK, PURPLE

SET CLASSIC:COKLAT, PUTIH,HITAM

Size available : Size S , M, L, XL, XXL
S - BRA SIZE 34
M - BRA SIZE 36
L - BRA SIZE 38
XL - BRA SIZE 40
XXL - BRA SIZE 42


Wednesday, November 6, 2013

MyLittleCaliph : Turns 1

Finally... 29.10.2013 aritu Fateh dah masuk 1 years old.. Rasa macam kejap je masa berlalu.. rasa macam baru je tengok Fateh lahir..still teringat lagi semua detik-detik kelahiran Fateh..






 kek yang ditempah dengan Puan Emy Ramlah dari blog Idaman Hati 

Buat makan-makan sikit dekat rumah sempena besday Fateh... And esoknya kami bercuti di Port Dickson..

Semoga Fateh menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.. Mummy and Papa love you so much!!

So Sorry.. My Bad :(

Dah seminggu Fateh cirit birit .. tambah plak sejak sabtu lepas dah start demam.. dan aku pun sama demam jugak.. tak cukup tido, tak cukup rehat..rasa macam sangat letih dan sangat stress..Ciss..padahal rancak ber-spa semalam.. Bukan letih badan..tapi letih hati, otak dan perasaan. Stress...

Sampai satu tahap semalam rasa dah tak boleh sabar sangat..dan marahkan Fateh sebab dia asyik nak bf tak lepas-lepas..tiap2 malam macam tu sampaikan aku tak leh nak tido..Kalau time aku ada, susu botol langsung tak nak..nak bergayut almost 24 hours..penat sungguh rasanya..

Lepas marah tu, tahu pulak dia duk diam..datang bf kejap, pastu tangan sambil gosok2 aku...pastu die slow2 turun ke bawah and tido kat kaki aku..Arghh..masa tu aku dah menangis..sebab rasa stress sangat dan jugak sebab menyesal marah dia.. poor him... dan akhirnya dia tertido kat kaki aku.. after a few hours, tak tahu la pukul berapa, dengar dia nangis macam sedih sangat..terus angkat and peluk dia.

Penat!Tak tahu nak ertikan macam mana perkataan penat nie..dan stress pikir macam2 termasuk study..rasa macam nak berputus asa pun ada... Sejak ada anak nie, rasa macam kesabaran aku sentiasa teruji....Semoga Allah memberi aku lebih kekuatan dan kesabaran..

#Maafkan mummy...  :(

Monday, November 4, 2013

#Mohon Terasa

First of all..Tahniah Pahang atas kemenangan semalam... Its ok TRW..Takkan asyik nak menang je kan..yang di atas tak selalunya di atas...Cuba lagi next time. At least masuk final..


#Ada sesetengah orang, oleh kerana marahkan pasukan yang telah menendang keluar pasukannya dari melayakkan diri ke final, dan dah pasukan yang dimarahkan tu telah dikalahkan pulak semalam, so rancakla dia  jadikan modal untuk melepaskan kemarahan dan balas dendam atas kekalahan yang lalu... Sarcastic! Dok pung pang pung pang.. gembira sangat agaknya sampai lupa yang pasukan kesayangannya dah lama terkeluar...

#Adatlah pasukan yang kita tu, kalo menang pun dikutuk, kalau kalah apetah lagi dikutuk dihina...tapi ada sesetengah orang pulak yang suka mengutuk pungpangpungpang tanpa mempedulikan perasaan orang lain..Tanpa memikirkan dalam siapa yang ada dalam keluarga dia...nampak sangat tak anggap macam keluarga.. Kalau kita ni, pasukan dia kalah sikit pun tak berbunyi, usahkan nak mengutuk, satu perkataan pun tak terkeluar, sebab???? Sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain.. Ni tidak, duk pungpangpungpang kat fesbuk, pungpangpungpang kat whatsapp.. 

#Tak payahlah nak taksub sangat kot..baik-baik hidup gembira aman damai bahagia, bola dan politik punya pasal, ada yang sakit hati..sakit hati ni bahaya..macam gunung berapi..

#Ikutkan malas nak layan perangai manusia2 yang macam nie, tapi memang saje nak tulis post ni bagi orang2 yang jenis macam tu paham sikit perasaan orang lain..Kalau nak orang jaga perasaan kita, hati kita, kita pun kena lah buat benda yang sama...


Thursday, October 3, 2013

Resepi Apam Polkadot

Tak tahu lah sama ada aku ni ketinggalan zaman atau lembab..kekekkee...dolu dolu dolu mase femes sangat apam polkadot nie tak de nye ikhtiar nak cuba buat..yang tahu nak makan tunggu orang bagi..ish ish ish...

Last week....Baru ada masa nak mencuba nya..Sorry lah sebab memang tak ada tutorial step by step..Almaklumlah sekarang ni kalau memasak tu sepantas kilat berdesup desap aje..sebabnya, kelapangan hanya ada bila si kecilku cak tidur je...

RESEPI APAM POLKADOT


BAHAN-BAHAN
  • 140 gm tepung gandum 
  • 1 1/2 sudu teh baking powder 
  • 110 gm gula halus atau gula kastor 
  • 75 ml susu segar atau susu cair 
  • 2 biji telur saiz A 
  • 1 sudu teh ovellete 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • Pewarna makanan mengikut warna pilihan 
  • Inti atau filing buah-buahan ~ jam nenas, bluberry, strawberry, kiwi 
CARA PENYEDIAAN:
  • Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
  • Susun acuan lompang dalam loyang.
  • Letakkan papercup didalamnya
  • Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
  • Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak Letakkan atas adunan tadi. 
  • Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh . 
  • Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
  • Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan 
  • Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
  • Pastikan api sederhana panas.
  • Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

  Resepi Asal : MasamManis

Sunday, September 29, 2013

Ayam Sos Siam

Resepi ambil di blog kak ita masammanis...Lame da x cuba new resepi,so memandangkan resepi ni sangat senang,aku cuba...
Actually x sesuai kalau nak bagi kanak2 makan sebab pedassss....pedas tapi sedap!!!


RESEPI AYAM SOS SIAM
*5 potong ayam
*Sedikit garam
*Sedikit serbuk kunyit

BAHAN KISAR
*10tangkai cili padi(kalau nak lagi pedas blh tambah)
*4 ulas bawang putih
*2 helai daun limau purut
*sehelai daun kunyit

*1 labu bawang besar ~ dihiris
*1/3 cawan sos cili
*sehelai daun kunyit ~ dihiris halus
*1 batang serai ~ dititik
*1 kiub ayam
*minyak masak secukupnya
*Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
Bersihkan ayam dan toskan.Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.Seimbangkan rasa. (x letak garam pun tak pe, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih

Monday, September 23, 2013

Resepi Carrot Kek



First time buat carrot kek....Gigih ok memarut carrot tu...Sorry sebab ada satu gambar je..excelli kejadian ni dah lama..sebelum raya kot..tapi tau tau je lah..sekarang ni susah nau nak dirasuk roh menaip blog...tu yang dah dua bulan tak berupdate...

Resepi original dari blog Mat Gebu..Aku memang suka ambil resepi dari blog Mat Gebu sebab kompom jadik punya..

Aku tolong copy pastekan resepinya kat sini okeh!

BAHAN-BAHANNYA :
* 1 cawan tepung gandum
* 1 camca teh baking powder
* 1/2 camca teh soda bicarbonate
* 1/2 camca teh garam halus
* 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis(*disatukan dan diayak)
* 2 biji telur gred "A" *
* 3/4 cawan minyak jagung
* 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
* 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
* 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
* 1/2 cawan kelapa kering
* 1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :
* 70 g mentega tanpa garam
* 125 g cream cheese
* 1 camca teh esen vanilla
* 1 1/2 camca besar gula aising, diayak

 CARA MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Senang je kan??? Aku bab2 mendeko memang serius failed...so abaikan comot momot tu..bak kata Mama aku "apesal hodoh sangat kek tu"? ..... erk..

Thursday, July 25, 2013

Penyesalan Yang Sia-sia

Dah hampir setengah tahun, namun perasaan tu masih ada..Perasaan kehilangan..Bila ingat dan juga masa type entri nie, memang bertakung je air mata, tunggu masa nak dirembeskan..entahlah betul ke tak perkataan tu..Tapi,memang sedih masih terasa.. Sama ada aku yang masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah tak ada.. Dan untuk entah ke berapa kalinya, aku sedih memikirkan raya ni, dia dah tak ada bersama kami lagi.

Aku kesal sebab tak berada dengan dia disaat dia menghembuskan nafas terakhir.. Dan yang paling aku kesali, aku tak pernah bagi apa-apa pada dia sepanjang aku dah kerja. Memang dah banyak kali aku plan nak bagi itu ini, tapi aku asyik tangguh2 je..dan akhirnya aku lupa..sekarang ni..sejak dia dah tak ada, apatah lagi nak dekat2 raya ni, aku asyik ingat apa yang aku plan nak buat..Tapi semua tu dah tak ada makna, sama macam tak adanya dia sisi kami.

Kadang-kadang aku asyik terlepas cakap depan hubby and adik aku pasal dia...Nak pergi umah mak, mak buat ketupat ..but then i release she's gone..Mana ada orang nak buat semua tu lagi..Mana ada orang yang nak cakap perkataan trademark dia lagi.. "takdokpekdohpekdoh"means tak berfaedah..Dia selalu cakap macam tu bila kami buat benda2 yang sia-sia..even orang lain pun..Sampaikan jadi trademark dalam perbualan aku dan adik2.

Dulu masa aku kecik, kami sangat rapat...dan akhirnya hubungan itu semakin lama semakin pudar bila aku meningkat dewasa, tinggal kat hostel dan berhijrah jauh dari kampungku..

Aku kesal sebab aku tak pernah belikan dia baju raya, bagi dia duit raya...Tapi apa gunanya penyesalan aku tu sekarang.. Maafkan aku!

Semoga arwah nenekku tenang di sana.Semoga ALLAH tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan aku kerana lupa untuk menghargai kehadirannya...Aku sayang dia sangat-sangat.

Monday, July 22, 2013

MyLittleCaliph:8months - Gigi 2 Batang!



Tengok tengok tengok
Saya ade gigi dua batang kat bawah
sape berani masukkan tangan dalam mulut saya
Nanti saya gigit kuat-kuat

Punyalah susah nak ambil gambar gigi dia nie..berminggu-minggu aku tunggu peluang nie..Akhirnya dengan bantuan auntie nya dapat jugak buat secara paksa.

Friday, July 19, 2013

Holiday Bertiga @ Cameron Highlands

Yabedabedooo!!!!

Last 2 weeks 6-7 Julai, kiteorang pergi Cameron Highland..Mummy nye la yang beria-ria sangat kan...Nak release stress lepas final exam kekununnya.Stress la sangat kan..First time kami bercuti..dan bertiga..Feel so good...

Jumaat after ofis hour terus gerak..benti solat maghrib dan dinner kat Sungai Buloh.. sampai kat Cameron dalam pukul 11:30 pm, cari-cari guest house yang aku booking tu tak jumpa lak..sekali call, rupanya depan sikit je, agak tersorok..Yang malangnya, ade ke patut orang guest house tu tak take note yang aku nak tambah lagi satu malam, then dia pulak tak keje malam tu..cis cis cis..naseb baik lah partner yang sorang lagi tu ok dan bagi kiteorang triple room shared bathroom, tapi dia cas sama cam double room yang aku request untuk malam esoknya..


Eight Mentigi Guest House..Ni yang dapat ditangkap.Almaklumlah, last minit punya planning nak pergi kan..RM90 for a night untuk double room.So far oklah stay kat sini, tak de lah teruk nau guest house kan.. Next time, kalau kena tidur sini lagi pun kiteorang ok je..Ramai backpaker mat saleh yang stay kat sini.

Esoknya pepagi lagi dah kuar, ikut plan..Singgah kat Big Red Strawberry Farm.Dekat sini ade sayurmayur yang fresh..hidroponik...salad yang banyak gila RM2 je..tapi aku beli esoknya kat Kea Farm RM3.

 sila cari saya

Strawberry Sundae yang superb delicious..Nak beli beratur panjang, so tak leh repeat

Next kiterang pergi Kampung Taman Sedia..Banyak homestay kat sini..dan ladang-ladang strawberry tapi boleh tengok dari luar je..no plucking..


Then pergi BOH Tea Plantations..Perjalanan yang amat mengerikan..Next trip tak yah g sini pun tak pe..Dah tahu dah cam ne tempat dia..



Macam-macam jenis teh aku borong ..Padahal bukan minum teh sangat pun..Gediks nak menghabiskan duit..Dan last stop untuk 1st day, kiteorang pergi Taman Rama-Rama..Papa yang lagi excited dari Alfateh..Papa asyik cakap Fateh nak tengok, padahal ...ish ish ish..



Bila keluar dari taman ni, tengok taman sebelah lagi banyak rama-rama dia..Next time je lah ye..kakiku dah penat..balik rehat, malam keluar g pasar malam dan cari makan..

The next day, check out dan shopping sayurmayur dan buah-buah dan also bunga-bungaan...banyak jugaklah perabes duit kat atas nie..Bulan 1 tahun depan pergi lagi sebab dapat book rumah BPH. Yuhhuuu.. SayasukapergiCameron..

Tuesday, July 9, 2013

Kejap Ade Kejap Tak De

Hello..
Assalamualaikum semua..

Siyes lame giles tak menaip sesuatu kat belog nie..dah bersawang dah nie..bukan dah melupakan blog .. tapi memang busy sesangat kan..busy ngan study, keje, anak, rumahtangga..kalah bisneswoman hokeh...

Update sikit..Alhamdulillah dah selesai final exam untuk semester ni..Nervous kot nak tahu result.. Ape-ape pun berdoa dan tawakkal je lah..dah cuba yang sebaik mungkin kan.. This semester memang rasa macam busy sangat kan, nak study pun tak sempat, al maklumlah still menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar, pekerja, isteri dan ibu..So masa lebih banyak dihabiskan untuk si manja tersayang tu...

Alhamdullilah juga si manja dah masuk 8 bulan..dah pandai angkat-angkat punggung nak merangkak, dah duduk-duduk and berdiri ..and yang paling menggembirakan, dia dah tumbuh gigi dua batang kat bawah..eee...tak sabar nak tengok gigi tu betul-betul tumbuh sampai nampak putih-putih comel..gerammm...

Hokeh, sempena bulan mulia yang akan bermula esok, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.. Puasa bukan  makan dan minum je tau..tapi puasa dari segala segi..no mengumpat..no gossip ..no no no....semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan nie...


Tuesday, May 7, 2013

Meatball Abang Burn

Bila ramai sangat yang post pic, buat blogpost pasal Burger Bakar Abang Burn yang sangat famous de amos tu, hati memang meronta-ronta nak cuba..sampai dah setahun kot tapi masih tak berkesempatan nak join orang beratur panjang-panjang semata-mata nak makan burger tu..

Dan bila orang post pic, blog post pasal menu terbaru Abang Burn iaitu Meatball Abang Burn..hati juga meronta-ronta nak cuba..

Finally, semalam peluang tu menjelma di depan mata..erh, ayat apa nieh..ceysss... Makan dekat Ramal Food Junction, Kajang ..tak perlu beratur panjang..sebab awal lagi..menu yang aku cuba ialah Meatball Abang Burn..Tak sampai seminit order dah dapat makanannya.. Sampai kat meja, terus ngap...



ini rupa meatball tersebut
Rm9.90 untuk 10 ketul Meatball & Wedges Bakar...

Komen aku.. biasa je meatball nie..dan tengah pikir sampai sekarang kenapa orang sangat menggilai nya..maybe sebab aku bukanlah penggila meatball tegar, so tak dapat rasai kegilaannya... Daging dia sangat lembut..tapi still takkan membuatkan aku crazy for this sampai sanggup beratur panjang2 untuk repeat makan benda nie.. sorry to say..setiap orang ada selera masing-masing..ini cuma pendapat dari seorang pemakan..

Pemikiran Yang Tak Relevan

Sudah-sudah lah..PRU13 dah abes..tahniah kepada yang menang, yang kalah juga tahniah atas semangat juang.. apapun keputusan, samaada puas hati atau tidak, kalau tidak kerana ketentuan ALLAH, semua ini tidak akan terjadi..Kuat mana pun berusaha, ALLAH jua yang menentukan..Jika benar yang menang itu main kotor, yang kalah itu disabotaj, ALLAH jua yang menentukan..Anggaplah itu semua ujian dan dugaan.. Yang menang dengan cara kotor tu, mungkin ALLAH nak uji lagi sejauh mana mereka nak main kotor.. Wallahua'lam.. Ini bukan ceramah agama atau tazkirah sebab aku hanyalah hamba yang hina dan banyak kekurangan memang tak layak untuk bercakap mengenai agama.

Yang nak cakap sekarang ni ialah pasal pemikiran beberapa orang sekeliling yang sangat... nak kata menyakitkan hati pun boleh juga.. Janganlah sesuka hati judge atau label orang-orang tertentu sesuka hati korang.. Contohnya macam nie :

- yang tak pakai tudung, yang sexy, yang pakai baju tapi macam telanjang, yang pakai baju kurung tapi kain terbelah, korang cakap "orang UMNO memang macam tu".
- Bila orang tu lambat pergi menunaikan solat, korang cakap "ni lah orang UMNO".

Jangan suka mengata orang, nanti terkena pada diri sendiri... Jangan politikkan perlakuan, perangai atau pemakaian seseorang... Ramai je kot yang mengaku dirinya orang PAS, yang mengaku dirinya mempertahankan agama Islam, tapi tak pakai tudung, pakaian tak cukup kain, pakai baju menampakkan susuk badan.Tak payah tengok jauh-jauh cukup sekadar tengok sekeliling aku ni je.. Malas nak cakap banyak-banyak..Aku sendiri pun tak perfect..aku sendiri pun banyak kekurangan sebagai umat Islam..so buat apa nak sibuk2 hal orang..

Jangan lah sesama kita bergaduh, berbalah, bermasam muka semata-mata kerana politik dunia..satu hari nanti kita mungkin berada dalam kesusahan, perlukan bantuan antara satu sama lain..Orang yang kat atas tu senang lenang senang hati, kita pulak yang berpecah belah..

Sekian, hanya pendapat dari insan yang kerdil...

Thursday, March 28, 2013

London Weight Management Slimming Package

Sekarang tengah ada voucher London Weight Management kat Groupon... RM28 for 6 treatments - 2 visits.. Hasrat hati nak la beli kan tapi nak tanya korang yang dah penah beli voucher macam ni kat Groupon or Milkadeal.. bila dah pergi sana dengan voucher ni ada tak korang kena paksa-paksa amik slimming package die?? sebab tu la yang paling aku malas nak hadap..Kena bebel pastu duk suruh-suruh beli package plak..aduhaii..nyampah plak...

So kalau korang pernah beli voucher ni and pernah pergi, bolehlah korang share pengalaman korang kat sini..Amat-amat diperlukan sebelum aku berfikir untuk membelinya...Nak amik package beriban-riban tu of course la tak mampu kan..so ada RM28 nie teringin la nak mencubanya...

Kalau korang yang berminat nak beli Groupon tu jugak boleh klik link nie

http://www.groupon.my/deals/klang-valley-selangor/london-weight-management/716854400?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_87&a=715827992


Wednesday, March 27, 2013

Putrajaya International Hot Air Balloon



Jom pakat pegi ramai-ramai!
Masuk PERCUMA je!! TAPI kalau nak naik belon tu haruslah kena bayar 20HENGGET!!

Friday, March 22, 2013

27th Birthday Dinner @ Padi House.

Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus bernafas di bumi milikNya... Dan syukur juga di usia ini aku dikurniakan seorang suami dan zuriat yang comel... Family completed!

Macam selalu lah kalau time besday ke anniversary ke, dinner is a must.. And kali ni aku pilih untuk celebrate besday with my HERO and hero dekat PADI HOUSE yang terletak di Galeria PJH, Presint 4, Putrajaya. Sebab utama memang dah lama nak makan dekat sini tapi duk ajak-ajak orang, tak ada yang nak melayan..Yang kedua, sebab Fateh kecik lagi so i need a place yang santai..And kebetulan pulak masa tu memang tak ada orang yang duk kat sofa tu..so lucky...


Gambar ni dengan ikhlasnya nak cakap memang cilok orang punya kat google images sebab lupa nak snap pic ni..alasan kukuh tak??

Tanpa membuang masa..apetah lagi perut memang berkeroncong lagu Yuna....meh kite tenguk menu...

The Menu




variety of cakes...

And lets see what we eat

 Lavazza Cafe Latte... Hot drink ler sebab duk kongkong batuk lagikan

 Carrot Milk pilihan hubby

 Japanese Cheese Cake..tahun nie punya besday kek kecik aje sebab tak  menggedik nak makan kek sangat macam tahun2 lepas..

 Side dish .. Mexican Beef Taco..tapi tak abes sebab dah kenyang..so, take away.

 Baked Bolognaise Spagethi with cheese..yummy..

 Lamb Chop with blackpepper sauce...Hubby kata sos nya sikit sangat and kambing nya agak berbau....

So far makanan dia okeh lah..banyak yang nampak menyelerakan.. Tapi Japanese Cheese Cake superb marvelouse..ntah betul ke tidak aku eja..Dari segi price affordable lah...murah sikit dari The Garden..Kalau macam nak lunch kat sini dalam RM20 dah boleh dah...


Next occasion rasa nak terjah Full House pulak lah...

Wednesday, March 20, 2013

Promosi VCOA + Vitamin C

Sempena besday saya yang sudah menjelang tiba ni, saya nak buat promosi untuk pengguna-pengguna VCOA dan Vitamin C diluar sana.. Promosi ini akan berlangsung bermula 21/3/2013 jam 12.00 am sehingga jam 11.59 pm... Tempahan dan pembayaran hendaklah dilakukan dalam tempoh tersebut...Jangan lepaskan peluang ini!!!!

Untuk tempahan bolehlah emailkan ke nama, alamat, no hp dan quantity ke ienafazlyna@gmail.com

FREE POSTAGE!!!

Friday, March 15, 2013

Peringatan Buat Wanita Bergelar Isteri



BERDOSA BESAR BAGI WANITA YANG SUDAH BERSUAMI MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN LELAKI LAIN SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN RUMAHTANGGANYA.

Sengaja nak capslock.. dan memang sengaja buat entri ni ditujukan untuk someone walaupun someone tu tak baca belog aku nieh...Peringatan untuk aku juga...dan juga untuk semua isteri-isteri di luar sana... Kalau ada hubungan dengan lelaki lain yang juga dah beristeri lagilah bertambah 2 kali ganda dosa sebab akan menyebabkan runtuhnya rumah tangga lelaki tu juga.. sama-sama lah kita ambil iktibar...

MyLittleCaliph: Fateh at Genting Highland

Groupon Groupon Groupon..Please call me Iena Groupon..Hahahaha..tak pepasal je... Kerana groupon lah Fateh tecit tecit lagi dah dapat menjejakkan kaki ke Genting..untunglah bebudak zaman sekarang nie..kecik kecik dah bawak g holiday kan...

Actually kiteorang pergi ni last month.. 3-4 february .... Gara-gara beli voucher First World Hotel kat Groupon yang berharga RM58. Pastu Papa plak dah deal ngan kengkawan dia nak g sesama...So..we are going for holiday!!!!

Yang tak bestnya time ni hujan, kabus tebal sangat sampai tak nampak hape..memang ngeri gak lah kan sebab risau terbabas ke apa...sepanjang 2 hari duk sana memang tak nampak apa lah outdoor..outdoor pun memang tutup gara2 kabus yang tebal amat...so jenjalan indoor je lah..dan kesejukkan yang amat macam duk Korea plak..erh nape Korea plak nie..ohoiii....

Check in je terus tidur..apedaaa...Pastu berak..dah few days x berak, naik genting terus berak erk...tekanan udara agaknya..

Disebabkan tu kiteorang tak de lah nak beli tiket outdoor ke indoor ke .. just beli 1 tiket untuk naik Reindeer Cruiser..Itu pun dah ketaq lutut aku ni ha..kegayatan betullah...


Kabus yang tebal..sejuk ooo..tapi Fateh syol tidur...

Naik Reinderr Cruise..gayat....

Papa main archery dan fateh plak.... tengok gambar bawah

Main air liur....abes basah mulut comot jekkk....

Fateh tidur tak merengek langsung..almaklumlah sejuk..bangun pun lambat...

Memang tak banyak gambar yang amik sebab dah berkabus kan..Nak bergambar pun tak semangat mana...setakat amik gambar kat dalam je...Tak sabar nak tunggu next holiday ke Port Dickson & Cameron again..dah ada baby nie asyik nak holiday aje..wikend pun x reti duk diam merayau je...

Pemergian Yang Tak DiDuga

As Salam...

Aku still lagi ingat pasal belog nie cume siyes busy and tak de mood sangat nak update walaupun banyak benda nak update.. Tapi entah kenapa memang malas sangat..dengan kesuntukkan masa..Hari ni kat opis still belum ade kerja yang nak dibuat, so boleh lah update apa yang patut..

Hari ni genap seminggu pemergian arwah nenekku yang tercinta.. Masih terasa lagi kesedihan..Kadang2 bila duk saje2 mesti aku teringat kan arwah.. Rasa terkilan sebab tak dapat balik masa pengebumian arwah memandangkan a week before that kiteorang baru je balik melawat arwah yang tiba-tiba jatuh sakit. Kalau lah dekat, kalaulah aku ada helikopter, senang je aku nak balik..huhuhuhu...Masa hari last aku kat kampung, Mok dah semakin pulih, dah sedar dan aku tak jangka akan kehilangan dia dalam masa yang singkat.. Kadang2 lepas solat memang akan terkenangkan arwah..pastu aku terus terfikir, raya nanti Mok(nenek) dah xde..nak tak nak terkeluar juga airmata aku nie...Ye aku masih belum bersedia untuk kehilangan orang-orang yang aku sayang..tapi aku sedar yang aku harus redha dengan semua nie.....

Semoga arwah Mok tenang di sana.. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

Monday, January 28, 2013

Vitamin C 1000mg


RM75
100 BIJI/BOTOL
FREE POSTAGE TO SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE TO SABAH/SARAWAK +RM5

ANTARA VITAMIN C 1000MG TERBAIK YG DIKERLUARKAN OLEH PAHANG PHARMA DAN BERDAFTAR DGN KKM MAL06051404X. GUNALAH TANPA RAGU-RAGU2. UNTUK KULIT CANTIK.
KEBAIKAN VITAMIN C: 
-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut -Anti penuaan dan anti kedut-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

 SANGAT SESUAI UNTUK:
* wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
*ibu mengandung
*ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
*boleh diambil ketika haid
*mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
*mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
*perokok (mengurangkan penyerapan nikotin) *mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur 

CARA PENGAMBILAN: 
-Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.
-Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

Lulus KKM 100% halal

Untuk tempahan sila emailkan nama, alamat, no hp dan kuantiti ke ienafazlyna@gmail.com

VCOA (Virgin Coconut Oil) by Treenea


Khasiat dan Kebaikan VCOA Treenea
-membantu kelancaran sistem pencernaan
-mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
-meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
-membantu mengurangkan berat badan
-membantu merawat masalah kulit
-menyokong fungsi tiroid
-membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
-menghaluskan dan menyeragamkan struktur kulit.


Harga 
Semenanjung Malaysia: RM 40.00  Postage RM6.00
Sabah/Sarawak : RM43.00 Postage RM9.00
COD sekitar Putrajaya

Kandungan
Pure Virgin Coconut Oil
60 biji/botol

Untuk tempahan, sila emailkan nama, alamat, no hp dan kuantiti ke ienafazlyna@gmail.com. Saya akan menghubungi anda segera... 

Sunday, January 27, 2013

Lagi Seminggu...

Best betul duk rumah je setiap bulan duit gaji masuk..Rasa cam heaven giler..Tapi..sedihnya lagi seminggu dah nak masuk kerja balik.Dan lagi seminggu dah kena hantar Fateh ke taska..Sedih dan risau semua ada..sedih bukan sebab kena kerja, tapi sebab kena hantar Fateh pergi taska..dan risau memikirkan boleh ke taska tu jaga Fateh macam aku jaga???Siyes rasa macam tak ada mood bila fikirkan benda nie..

Sepatutnya aku dah start masuk kerja hari Selasa ni memandangkan esok cuti Thaipusam..tapi nanti hari Isnin 4/2 nak minta cuti lagi sebab nak pergi holiday..so, alang2 tu aku sambung je la sampai 4/2..5/2 baru start masuk kerja..Lagipun sebenarnya berat hati nak tinggalkan Fateh eventhough taska tu kat aras 1 opis aku tu je...


Fateh pulak lagi dekat ngan hari aku nak kerja, makin manja..pantang aku hilang dari pandangan dia, mula lah die hokhekhokhek..kalau papa dia hilang tak pe pulak...so, lagi berat lah hati aku nak meninggalkan dia..Kalau boleh memang nak sambung cuti lagi sampai setahun..huiii..over betul kan..Tapi tak syok lah plak sebab cuti tak bergaji..hehehe...

Baru-baru nie family datang. dia dah start cebik-cebik dan nangis kalau orang lain dukung dia..Hope Fateh dapat menyesuaikan diri dengan orang lain.And harap tak de apa-apa yang tak diingini berlaku pada Fateh...Semoga Allah melindungi kami sekeluarga..

Monday, January 21, 2013

MyLittleCaliph: Fateh 1st Time Naik LRT

Last week Papa saje bawak Fateh jalan-jalan dekat KLCC..Dan sengaja nak bawak Fateh rasa naik LRT..Walaupun Fateh tak faham apa-apa lagi, tapi dia macam suka aje naik LRT tu..sebab naik kereta dia tidur, tapi dalam LRT tak tidur pun..Muka pun ceria semacam aje..


Tengah tunggu LRT ke KLCC


Memang mencabar bawak Fateh pergi jenjalan sebabnya dia asyik tidur je ... Dengan badan dia yang semangat tu, kiteorang pulak konon nak senang malaslah nak bawak stroller, bawak carrier je..sekali macam nak patah bahu Papa sebab terpaksa ikut gaya tidur dia...Next time kalau bawak dia ke mana-mana memang nak kena ada stroller lah...sebab dia syok je duk tidur dalam tu..

Wednesday, January 16, 2013

Quotes Of The Day #1



Tuesday, January 15, 2013

MyLittleCaliph : 1st Trip to Cameron Highland

Lepas habis je pantang, kaki yang memang tak sabar-sabar nak melangkah lebih jauh nie, memang sangatlah gatal rasa..walaupun dalam pantang pun aku ada keluar jugak, tapi tak de lah pergi jenjalan..sebab pergi klinik, pergi beli pampers semua tu je....

First trip Fateh ketika berusia 46 hari..Actually kiteorang pergi kenduri sedara kat Gua Musang, so alang-alang dah dekat plus adik-adik pun tak berjalan lagi time cuti sekolah, so pergi sekali Cameron...Fateh macam biasa lah, tidur aje sepanjang masa..Dan aksi yang paling best dia buat ialah, poopoo dalam kereta..Merasmikan kereta Tok Abah dengan poopoo & kencing dia..Bukan tak pakaikan pampers, ingat dia dah abes poopoo, sekali nak bersihkan, die teran lagi, sampai abes satu roll tisu, pastu pancut kena seat kereta..hahaha..TERBAIK!!!Nasib baik ada Mama untuk handle dia..kalau aku, dah kalut ar tu...hehehe..





Fateh: Besarnye strawberry nie..nak makan..yummyummm