Tuesday, March 27, 2012

First Class

Sekolah dah bukak..jom kembali ke sekolah after 5 years..huhuhuuhu...

First class Ahad lepas sangatlah mencabar okeh... Disebabkan ada sampai 3 Fakulti Law kat Uitm tu, aku dah salah pergi bangunan da... Hubby hantar kat bangunan Fakulti Law yang first kiteorang jumpa.. Tempat dia macam scary giler jek..gelap semacam..nasib baik ada orang lain lagi.. ramai gak la...naik sampai atas cari class.. tapi xde tanda-tanda yang kelas kat tempat berhantu tu..Nasib baik..Then sorang akak nie call lecturer tanya class kat mana..rupanya bangunan lain...Nasib baik hubby tak balik lagi, boleh naik kereta..kalo tak, jalan kaki la macam orang lain..hukhukhuk......

Hubby berhentikan kat bangunan kedua..pastu dia balik..sekali..salah lagi la..nasib baik bangunan yang betul tu dekat je nak jalan..Dah sampai kat bangunan yang betul, pusing-pusing turun naik tangga lagi cari kelas..what the fish la...belum apa-apa lagi dan exercise mental dan fizikal. Masuk class masing2 dah berpeluh kot..hukhukhuk...

Kelas dari pukul 8am sampai kul 6pm..tp lecturer bagi balk awal pun..kul 5.30 gitu dah abes dah..

Erh....class dah abes cerita belum abes lagi nie..hikhikhik

Time rehat konon-konon nak pergi makan la dekat cafe yang ada belakang class aku tu, sekali..tutup da... puas aku merayu-rayu dekat kaki die suruh die bukak tapi die tak layan..ok ni tipu... aku cuma tolak-tolak aje pintu tu..frust betul..Sorang-sorang jalan kaki g cari cafe lain..semua tutup..sob sob sob..lapa.... Last2 g kdai MydinMart yang perjalanannya membuatkan aku terpaksa nak turun bukit...cuma ada roti je..and maggie..and jajan jajan..huh..sadis sungguh!LAPA LAPA LAPA!

Conclusionnya.. next class kena bawak bekal atau suruh hubby tunggu sampai petang....

Contengan tambahan : cuba kira berapa kali nasib baik dalam entri nie..hikhikhik

Tuesday, March 13, 2012

Cause This Is PURE LOVE

This was just meant to be
You are coming back to me
‘cause, this is pure love
‘cause, this is pure love

PURE LOVE - Arash Feat Helena

Thursday, March 8, 2012

Update Sikit Pasal Gaji (SBPA-SSM)

Info ni aku dapat daripada Facebook..Di-update oleh orang-orang hadir/dengar pengumuman PM.

1) Struktur SBPA telah DIBATALKAN.

2) Tetapi SSM akan ditambahbaik

3) Suruhanjaya Khas ditubuhkan untuk kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa    akan datang.

4) Pelarasan gaji SSM (yang dulunya mengikut Jadual Gaji Matriks, sekarang Jadual Gaji Minimum Maksimum) Kenaikannya adalah seperti berikut :
            i) 13% untuk Kumpulan P&P dan Pelaksana (Gred 1-54)
           ii) 9% (Gred utama A, B dan C)
          iii) 8% (Turus III dan II)
         iv) 7% (Turus I dan KSU)

(p/s: cepat2 kira gaji korang..hikhihkhik)

5) Kenaikan gaji bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana adalah di antara RM80-RM320 (ikut gred masing-masing), manakala JUSA ke atas mengikut gaji SSM yang sedia ada.

6) Kadar COLA :
        i) Kawasan A = kekal
       ii) Kawasan B = dari RM200 dinaikkan ke RM250
      iii) Kawasan C = dari RM100 dinaikkan ke RM150

7) Bayaran elaun dan insentif adalah mengikut kadar gaji baru SSM; dan

8) Guru-guru akan tetap kemudahan untuk mengekalkan laluan kerjaya seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2012.

Tuesday, March 6, 2012

-UnPERFECT Person-

Kadang-kadang ada benda yang kita dah lama pendam..
Tapi kita nak sangat cakap walaupun tak sampai hati..
Dan akhirnya kita terpaksa jugak cakap 
Itupun selepas banyaknya airmata yang dibazirkan!

Kadang-kadang kita kecil hati dengan apa yang orang cakap ngan kita..
Rasa sangat-sangat pedih ulu hati
Rasa nak terkeluar air mata
Tapi kita terpaksa buat muka tak ada apa-apa 
untuk jaga perasaan orang tu
Itu pun setelah banyaknya air mata dibazirkan!

Adakah orang yang tak pernah fikirkan perasaan kita
Atau
Kita yang terlalu menjaga perasaan orang lain?