Wednesday, March 30, 2011

Bride To Be : Kad Pilihan

Setelah bertungkus lumus, berpenat lelah jalan sana sini, memerah otak,mengeluarkan air hujan, berpadu suara bertekak, akhirnya....

...aku ambil keputusan untuk tempah kad di Grazine.Com je...disebabkan ada orang malas nak pergi Klang sana tuh..aku order je online..ikut yang mana ada je kat website tuh..malas dah nak fikir..frust ok....Punyalah banyak kedai kad kahwin kat KL nie, online pun memang banyak, masalahnya aku cuma nak order 300 keping aje dan nak yang murah-murah je..sebab aku tahu, kad tu akhirnya ke tong sampah jua..tapi aku tetap nak ada design yang ikut selera aku jugak..tapi mana lah ada orang yang nak ambil tempahan 300 pastu nak murah-murah pulak..haissihhh...banyak betul "tapi"....bak kata mama aku, potostat aje lah..hahahha..Sebenarnya kalau dicari lagi ada je kan kedai yang boleh buat macam tu, tapi ada orang tu tak nak pergi cari...baru masuk 2,3 kedai dah bising...

Aku memang tak meletakkan budget yang tinggi pun untuk kad tu..hanya sekadar kad ..bak kata orang tuh, kad tuh hanya sekadar untuk orang tahu kat mana rumah kita jek..


Semalam aku dah bayar deposit siap-siap supaya aku tak ubah fikiran lagi..sebab banyak lagi benda yang nak kena sumbat dalam fikiran aku nie...
Kalau pandai, teka sendiri mana satu kad aku..lalallala....

Monday, March 28, 2011

Celebrate Besday at HR Steak House

Lorr.....
ada yang sentap plak sebab aku belum buat entri pergi celebrate besday aku hari tu..mentang-mentang lah dia belanja..hahhahaa..
Thanks a lot k kepada yang berkenaan sebab celebrate besday cik tunang kamu nie..even lewat sehari..ok la...daripada tahun-tahun sudah yang tak pernah celebrate langsung kan..tahun ni siap ada kek lagi..padahal sambut berdua jek...
Aku yang paksa dia beli kek tu, sebab aku nak sangat makan kek tu banyak-banyak...Ubat kurus tu..hahahha..sian kena dera...
Celebrate kat HR Steak House (Jalan Raja Alang, Kampung Baru, KL)  pun aku yang paksa, sebab asyik baca entri orang pergi makan kat situ jek..teringin pulak aku nak makan kat situ jugak..

Pic from Google/SharingInfo

Tapi yang tragisnye, aku order Combo Chicken, pastu kan..eeeyaaakkk..ada kambing..aku tak makan kambing...sehari semalam aku berulang alik jumpa MR.TAN padahal aku sempat makan secubit aje...

Chicken Combo RM10 - ada ayam, kambing, udang, jagung, roti, coleslaw & whipped potato

ah, lupa pulak aku Encik Se7en makan apa..lagipun tak snap gambar makanan dia pun..Tapi makan western lat sini memang murah..Chicken Chop baru harga Rm6.50. Then jus gelas besar baru Rm2....

And yang paling best.......



Thanks to him for this cake..my favourite cake..Blueberry..yummy....

Thursday, March 24, 2011

Etude House : Magic Rice Pack Peeling & Cleanser

25 March 2011

Etude House products from Korea to let go....
new one..never use yet.

Happy Tea Time Cleanser (Green Tea)
RM13 Free postage

Product Description
* Supplies abundant foam and refreshing tea scent to cleanse and nourish complexion
* Contains Green Tea extract for clarifying


Magic Rice Pack Peeling 
RM45 Free Postage
description
Etude House Magic Rice Pack Peeling is formulated with Rice and other natural grains to exfoliate skin and extract residues, dirt and impurities within pores to render you a cleanse and healthy radiant look.

how to use it
Apply appropriate amount of the peeling pack to a dampened face. Gently massage from the center in an outward direction for 30-60 seconds and rinse with warm water.

If anyone interested, do not hesitate to email me at : ienafazlyna@gmail.com

Karak-Laluan Puaka

24 March 2011

Semalam sementara menunggu cerita Hikayat Merong Mahawangsa start, dia tayangkan satu trailer cerita hantu yang sangat mengerikan bagi aku..Seriously, aku tak sanggup nak tengok untuk kali kedua..dan dinasihatkan juga untuk adik aku yang sure akan baca post ni, sila jangan tengok video kat bawah nie ye.




KARAK-LALUAN PUAKA merupakan filem terbaru terbitan KRU, arahan Yusri KRU yang akan ditayang kan tak lama lagi..aku tak ingat bulan bila...cuba korang tengok kat trailer tu kalau berani..sebab aku tak sanggup nak tengok lagi...

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Niat dihati nak tengok, tapi takut pulak sebab start bulan 5 nanti nak kena duk sorang sampai la akhir bulan 5 baru berdua balik,..aku nie kalau dah tengok cerita-cerita ngeri memang confirm la kan setahun pun boleh terbayang-bayang..

Masa nak copy paste embedded trailer nie kat Youtube, aku tertengok sikit, terus seram sejuk sampai sekarang..hampeh tul..

Tuesday, March 22, 2011

Bride To Be : Save The Date!

22 Mac 2011
Alhamdullilah hasil perbincangan, tarikh perkahwinan aku dan Encik Se7en telah pun ditetapkan..

Aku baru ingat nak diam-diam, nak bagi surprise kat kengkawan,alih-alih dia pergi tulis kat wall pulak..hhuhuuhu..budget ada orang tunggu aku punya surprise erk?
So, InsyaAllah, pada 30 Mei 2011, aku dan Encik Se7en akan di ijab kabulkan sebagai suami isteri..Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami..Korang pun tolong doakan yang terbaik untuk kami ok...


Ada lebih kurang 75 hari lagi..banyak gila lagi benda nak buat..dengan urusan permohonan kahwin Encik Se7en yang agak complicated sikit..kad tak tempah lagi, barang hantaran pun tak habis beli lagi..hari tu beli sikit-sikit..and macam-macam lah tak buat lagi..kiteoarang nie memang layak digelar Mr. & Mrs. Last Minutes betul..hahahha...So, kesimpulannya, minggu nie baru nak start buat semua tu..lama lagi kan 75 hari?hehehhe...

Apa pun diharap semuanya berjalan lancar...InsyaAllah..Amin!


Monday, March 21, 2011

Besday Wish Yang Melimpah Ruah

21 March 2010

Sejak 25 tahun aku hidup....(oopsss..kantoi pulak..baru nak tipu umur 18..hahahha...) baru first time aku dapat besday wish yang sangat-sangat melimpah ruah..semoga korangs yang wish besday kat aku pun dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH S.W.T.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua kengkawan yang wish, kengkawan kat ofis, kengkawan blogger, kengkawan sekolah, kolej, adik - beradik, sedara mara..dan semua lah..huisshhh..nak sebut semua tak terlarat..tetiba perasan tengah ambil award kat ABPBH pulak..muahahha...


And dikesempatan ni, (macam tulis kad raya masa zaman sekolah) aku juga nak wish besday untuk seorang rakan blogger Cik Ery Farieha kita....Hepi besday, my dear Ery!
Meh kita makan kek nie.

Malam & Pagi Besday Yang Tersentap

21 March 2011

Yuhhuuu......auww....malu nak ngaku hari nie besday ai...hahhaa..tetibe...malu tapi tulis gak kan..ekekeke...Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di bumi-Nya ini...
Hepi Besday untuk diri aku sendiri..tapi malam besday semalam sangatlah sentap okay!!!!


Even mata dah nak tertutup, tetap gak gigih tunggu orang tu call wish besday..tapi..tapi..tapi...sampai aku tertidur pun, hp tu tak menjerit. Tidur dengan sentap...And bila bangun pagi-pagi terus capai hp, tengok..tak de SMS, tak ada miscall..argh..sentap lagi..tak pe tak pe...

Dengan muka tak mandi, tak gosok gigi (sangatlah tak senonoh) terus online facebook, check akaun CIMB...motif??? mane lah tahu tiba-tiba CIMB masukkan duit berjuta-juta sempena besday aku....Berangan tak agak-agak lah kan?hahahha...tapi hampa..kecewa..huh!

Tengok kat FB, ramai yang dah wish besday..And orang tu juga..CISKEK! Wish besday tunang sendiri kat FB je..huh..sentap lagi....rasa macam nak bakar je FB tu..siyes masa tengah mandi duk pikir pasal nak bakar FB tu..hahaha..giler betul.

Merajuk 69 hari..hahahhaha...

Pastu pagi-pagi Mama call..bual-bual ngan Mama, tapi Mama langsung tak wish besday kat aku..selalu Mama yang akan jadi orang pertama atau kedua..Huh..sedih-sedih....kali kedua Mama call, aku cakap ngan Mama..

"Ma, nape Ma tak wish besday kat orang..mama lupa ke hari nie besday orang"...sob..sob..siyes nak nangis ok...terkeluar air mata..sedih-sedih..semakin dewasa semakin dilupakan...huhuhu...Merajuk ngan Mama juga..tak nak kawin..hahhaha...

Sunday, March 20, 2011

Wall's Selection Double Dutch Yummy!!

Kalau korang nak kata aku nie jakun sebab first time makan aiskrim nie, tak pe tak pe...aku boleh terima...
Tapi aiskrim nie serius sedap okey!!!


Dah beberapa kali dah aku nak beli, tapi sebab kedekut nak makan sorang-sorang kononnya, aku tak beli lah...takut tak sempat nak makan dah habis..sekali bila dah beli..hambek ko....makan 10 orang pun boleh nie..hahahhaa...siapa nak meh datang rumah aku!

Saturday, March 12, 2011

Beli Barang Runcit Tanpa Ke Kedai

12 March 2011
Dunia sekarang dah makin maju, makin canggih..semuanya online aje..bayar bil online, shopping baju online...bak kata, semuanya dihujung jari lah.Tak payah nak susah-susah beratur panjang-panjang semata-mata nak bayar satu bil. Tak payah nak sepnd time berjam-jam kat kedai semata-mata nak beli sehelai baju..penat kehulu ke hilir, last-last tak beli apa pun.

Kalau korang tak ada masa nak pergi beli barang dapur, atau malas nak beratur panjang-panjang kat Tesco, Carrefour or Mydin,sekarang ni korang boleh order online je kat DOORSTEP. Untuk information korang, kat DOORSTEP, korang order je, pastu dia akan hantar barang-barang tu depan pintu rumah korang..Ambil perhatian, depan pintu rumah ok.Tapi ada syaratnya...
Syaratnya rumah korang tu mestilah berada di coverage area DOORSTEP. Antara coverage area DOORSTEP termasuklah PUTRAJAYA..Ouh..ada peluang nie kalau time malas-malas or tak ada transport or bodyguard nak pergi shopping boleh lah order..hehehhee..Korang boleh klik link nie  (http://www.doorstep.com.my/coverage.php) untuk tengok kot-kot rumah korang pun termasuk dalam coverage area DOORSTEP.

Contengan Tambahan :blog ini tidak dibayar untuk mempromosikan DOORSTEP. Saje nak share dengan korang semua...

Friday, March 11, 2011

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

11 March 2011

Wah.... Pesta Belon Antarabangsa datang lagi..
untuk kali ke-3 nya dan kali ni tempat pesta still dekat PUTRAJAYA ye.. 
Lokasinya Monumen Alaf Baru, Presint 2..dekat dengan Lakeside tu..sama lah macam last year punya tempat ye...
Pesta ini akan berlangsung dari 17 March 2011 hingga 20 March 2011.


Terdapat banyak belon dari pelbagai bentuk yang datangnya khas dari luar negara. Ada bentuk Doraemon and Darth Vedar tau.. mesti comel gila kan yang bentuk doraemon tu.. Belon - belon nie semuanya didatangkan khas dari France, Belgium, USA, Jepun dan German.

 ambil dari Facebook PERBADANAN PUTRAJAYA..promo untuk Pesta Belon yang diadakan pada pagi ini di Laman 1 Malaysia.

Bayaran untuk naik belon adalah RM10 untuk DEWASA dan RM5 untuk kanak-kanak. Kaunter tiket akan dibuka pada 7.30a.m dan 5.30pm... Then waktu naik belon nie adalah dari 8.00am - 11.00am untuk sesi pagi dan 6.00pm hingga 9.00pm untuk sesi petang.

Pesta Belon Antarabangsa nie tak delah cuma adalah belon semata-mata je kan? Of course ada jugak aktivit sampingan yang lain macam jual-jual tu kan..Dan yang menariknya selain dari naik belon, korang juga boleh naik HELIKOPTER. siapa pernah naik heli angkat hidung???hehehe...Bayaran untuk menaiki helikopter adalah RM130/seorang..

Untuk maklumat lanjut tentang Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 nie, korang boleh lah layari laman web tertera : 

Thursday, March 10, 2011

Penukaran Nama Tapak Pasar Tani dan Menara PJH, Putrajaya

10 March 2011

Untuk makluman semua, Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya dan juga Menara PJH (Putrajaya Holding) telah pun ditukar. Maklumat nie aku ambil dari Facebook PERBADANAN PUTRAJAYA.

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 1/2011 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Putrajaya Bil. 3/2011 telahpun bersetuju meluluskan penamaan semula bagi 2 permohonan berikut iaitu :.


1. Tapak Pasar Tani, Presint 2 kepada Laman 1 Malaysia, Presint 2
2. Menara PJH kepada Menara Seri Wilayah, Presint 2


Sekian, untuk makluman.


NOOR SITA ABBAS


Urusetia Mesyuarat:


Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Wilayah Perseketuan Putrajaya


Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Perbadanan Putrajaya

Tuesday, March 8, 2011

Perbarisan Hari Tentera Darat ke-78

Tarikh : 06 Mac 2011
Waktu : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Cara pergi ke sana : naik motor sampai LRT Sungai Besi - naik LRT yang sesak macam sardin ayam (sardin tu sejenis ikan ye, sayang!) sampai Masjid Jamek - jalan kaki secara berjemaah sampai Dataran Merdeka.

dimulakan dengan Tarian Para
Pancaragam Angkatan Tentera Darat Malaysia
Barisan Pesara Tentera Darat Malaysia

Unit Berkuda (yang duk terpacak depan Istana Negara tu..hehhehe)

Gambar-gambar di bawah ni adalah pertunjukkan aset-aset tentera darat malaysia

Bas Pergigian 


Gigih kan aku pergi..bangun pukul 6.30 lagi tau..even sebenarnye Encik Se7en dah kejutkan aku pukul 6..tapi bukan main liat lagi nak bangun..sampai - sampai sana pun belum start acara lagi.Aku nie memang jarang nak pergi tempat-tempat sesak macam nie..tapi kalau tempat shopping yang sesak, tak pe...hehehhee...Aku pergi nie pun sebab.......

sebab DIA.... hehehhee

Tapi, semua pertunjukkan nie memang best...yang tak bestnya..PANAS!!!.hehhee

Monday, March 7, 2011

Coklat Yang Bertuah

Sangat bertuah lah coklat tu sebab datang kat aku
kompem kompem aku akan ngap sampai abes..lalalalla..
Actually last week aku ada masa cabutan bertuah kat blog Cik Wanie..
tak sangka pulak betul-betul bertuah..
tahu-tahu je aku memang mengidam nakkan coklat tu..hahhaha
Jumaat lepas, after balik dari dengar ceramah PENGURUSAN STRESS (stress ke???lalallala)
tengok-tengok ada parcel, memula malas nak layan, ingat bos punya ke apa..tapi tergerak hati nak belek-belek..baru perasan kat bawah tu ada nama aku...apelagi, dengan rakus nya mengoyakkan baju bungkusan tu.
korang nak tengok ke coklat tu??
Janji jangan jelouse tau...hehehhee
Tadaaa......
siap ada kad yang comel lagi...

Sedap-sedap-sedap..yummmm..yummm....

Thank you very much Cik Wanie...

Friday, March 4, 2011

Hidup Memang Berisiko

Semalam aku dah buat sesuatu..sesuatu yang sangat besar..
satu keputusan yang sangat berisiko..
untuk masa depan dan kehidupan aku dalam masa 20 tahun akan datang
persoalan mampu atau tak tu letak ke tepi..yang penting aku dah buat keputusan tu
dah tak boleh berpatah balik
dan aku pun tak terfikir untuk berpatah balik..
Semua nie demi kehidupan dan masa depan yang aku inginkan..
 Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk mencapai apa yang aku nak..
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan ku..
semoga ALLAH senangkan segala kesulitanku.
AMIN!

Wednesday, March 2, 2011

Berita Jam 8 Malam di TV3

Berita yang kamu bawa semalam tu buat saya rasa sangat penat
penat dengan segala yang ada depan mata saya
penat dengan segala perkara yang bakal saya lalui
penat dengan kehidupan saya sekarang
dan mungkin juga penat bersama kamu.

YE! Penat dengan segala kata-kata yang umpama lagu yang dipasang berulangkali setiap kali kamu gagal mencari jalan penyelesaiannya..
penat untuk mendengar perkataan "TUNGGU".
sedangkan kamu sendiri tahu segala-galanya masih kabur..
YE! Memang kamu nampak kekaburan tu..tapi kamu tak mahu mengakuinya..

Kamu buat semua kegembiraan saya
kebahagian saya
ketenangan saya
dan keterujaan saya
PUDAR!

Sekian, terima kasih..selamat malam... (tapi sekarang pukul 4.10 pm)