Tuesday, April 17, 2012

Mimpi

Pernah tak korang mimpi darah atau datang bulan @ period?

Aku sejak beberapa tahun nie memang setiap bulan boleh dikatakan wajib sekali dalam sebulan mimpi period... Aku sendiri tak paham kenapa...Tapi yang aku perasan, lepas mimpi tu, dalam seminggu or 2,3 hari lepas tu aku period... Dan sejak pregnant nie, memang aku tak pernah dah lah mimpi macam tu, rasanya dalam tahun nie aku belum lagi pernah mimpi macam tu lagi...

Tapi..semalam tiba-tiba je aku mimpi balik..Mimpi datang period. Ntah kenapa aku rasa macam nak sangat tahu pasal maksud mimpi tu.. Walaupun sebenarnya mimpi tu kan hanya mainan syaitan.. Ntah kenapa aku rasa risau semacam je...

Hasil google yang aku perolehi dari blog seorang Ustaz (http://www.ustazamin.com/2010/03/jawapan-pada-persoalan-97.html).. ada orang tanya apakah maksud mimpi datang haid..Ustaz tu jawab : kesihatan .. tu je jawapan dia..

Dan ada satu blog tafsir mimpi..katanya.. (http://tafsirmimpi.org/menstruasi.html)
Biasanya mimpi menstruasi ini dialami wanita dan memiliki makna yang sangat positif. Mimpi ini bisa dianggap sebagai lambang pelepasan ketegangan dan ketakutan. Mungkin Anda akan terlepas dari kesulitan sehingga bisa membuat Anda bisa lebih santai. Kadang-kadang mimpi ini bermakna pembuangan energi dan kekecewaan.
Okeh..aku tak de la nak percaya menda2 macam nie 100% sebab memang yang nyatanya mimpi tu mainan tidur, gangguan syaitan.. Cuma dibelenggu pertanyaan je..Kalau ada sesiapa yang pernah alami mimpi macam nie, sila share okeh.. atau ada sesiapa yang tahu maksud mimpi nie ke..sila share okeh..Thanks all...

Friday, April 6, 2012

Kefobiaan Yang Tak Habis Lagi

Malam tadi dalam pukul 11.00 malam gitu, tetiba je pergi toilet and ade sikit bleeding macam dulu2 tu..Haish..disebabkan kefobiaan aku nie, time tu jugak aku ajak hubby g klinik..cadangnya nak g Klinik Lita Alis kat Presint 9 tu, tapi dah tutup..So, hubby ajak pergi kat emergency HPJ je...

Lepas check-check semua, dapat kad yang tulis G1 ..fast lane katenya..tapi sampai tertido-tido hubby tunggu tak panggil2 gak nama aku..ade lah dekat sejam kan..Haduii..seksa rasa..perut plak duk sakit-sakit tak tau lah sebab memang sakit atau sebab nervous.

Doc yang bagi consultation tu doktor perempuan yang sama pregnant jugak..so, dia adalah sangat memahami apa yang aku rasa..huhuuh..doc buat ultrasound, disebabkan jauh plak screen tu dengan aku, so aku xnampak heartbeat baby..tapi hubby kata heartbeat baby laju je..means baby sihat..Alhamdullillah..hilang sikit kerisauan aku..

Afterthat check urine..dan..  hasilnya urine aku infected kuman..padanla beberapa hari ni rasa sangat tak selesa mencucuk-cucuk dan senak dekat ari-ari..so doc bagi antiobiotik, ubat gastrik dan lawas kencing..Aku tak ragu-ragu la untuk makan ubat-ubat tu sebab doc yang bagi tu  pun pregnant jugak..so, dia mesti la tahu apa yang boleh apa yang tak boleh..bersyukur juga klinik Lisa Alis tu tutup, ade hikmah disebalik tunggu lama-lama...

Dan harini aku MC, hubby plak kena pergi keje..kadang-kadang..bukan kadang-kadang, memang selalu rasa sangat kesian dekat hubby sebab aku macam asyik sakit je..sorry hubby...

Thursday, April 5, 2012

5 Bulan

Ya Allah..Lambatnya 5 bulan ni nak berlalu..
Tak sabar rasanya nak menjalani hidup yang kembali normal
Tak perlu lagi bangun se awal 5 pagi..atau lebih awal lagi pukul 4.30 pagi..hukhukhuk..
Lepas tu kemengantukkan yang amat sangat...

Ouh SEPTEMBER!
Semoga kau menjelma dengan cepatnya...

Hidup Ini

Apabila hidup ini terasa kesesakan
Beban yang dipikul amat keberatan
Cabaran yang melanda sungguh menggerikan
Jangan sekali sekali menunduk kepala
Hadapilah semua cabaran dengan ketabahan dan keimanan
Sehingga akhirnya berjaya menewaskan rintangan

Hentikanlah kesibukan seharian
Lihatlah dunia dan alam sekitar yang luas terbentang
Pohon-pohon kehijauan
Burung-burung berkicauan
Matahari yang terbit dan terbenam
Langit dunia ini, luas kebiruan

Haluan hidup usah disia-siakan
Hitam putih kita tentukan
Kalau lewa mengikut hati
Hidup ini menjadi korban

Dunia ini bagai mahligai yang indah
Bagi mereka yang tahu menghargainya
Berterimakasihlah kepada yang Maha Esa
Bersyukurlah untuk segala-galanya
Nikmatilah keesahan hidup ini tanpa hampa dan kecewa

Wrote By : Amy Law (Advocate & Solicitor)