Friday, May 7, 2010

Hari Belia Negara 2010

Belia tu siapa? 
Kalau korang umur antara 15 - 40 tahun..bermakna korang adalah belia ok...
atas 40????veteran..ekekkee..ada gak yang sentap karang..
Sorry...heheheh..
Tahun nie Hari Belia Negara buat kat Putrajaya tau
14-16 Mei..siapa-siapa yang tinggal kat Putrajaya & masih belia..sila datang!
Luar Putrajaya pun leh datang ok....macam-macam aktiviti ada..adik aku yang sekolah kat kelantan tu pun datang gak sebab dia ada perkhemahan Jambori 1Malaysia kat Wetland Putrajaya sempena hari belia nie..


Tema hari belia 2010 ialah
" Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara"

Antara aktiviti kat sana nanti..bermula ngan 14 Mei 2010 (Jumaat) diadakan Majlis Tahlil & Doa Selamat di Masjid Putra pukul 12.00 tgh - 1.00 ptg..lepas tu  siaran langsung Al-Kulliyah kat Dataran Putra pukul 5-6ptg. Malamnya pulak ada Pertandingan Dikir Barat & Gendang Urimi Melam (9 - 11mlm)..aku pun tak tahu ape Gendang Urimi Melam tu ..kalau korang nak tahu..ape kata pegi tengok ramai2 kat Dataran Putra ..ok..ouh ye..Pertandingan Dikir Barat & Gendang Urimi Melam ni juga diadakan pada 15 Mei 2010 (10pg-1 ptg) dan 16 Mei 2010 ( 3-4ptg).

Sabtu malam plak (15 Mei 2010)..ada konsert Rabbani....pukul 9-11 mlm..Then hari ahad (16 Mei 2010) banyak sikit acaranya..kalau sesiapa yang ada anak2 tu leh lak bawak diorang ke Dataran Putra pukul 11pg-1ptg sebabnya ada sesi Bersama Geng Upin & Ipin..haaa..mesti dieorang suka tau...
Pastu tinggalkan anak2 kat situ..kaum2 ibu leh tengok demonstrasi masakan & solekan..pada yang sama tau..atau kalo dah terer masak korang leh tengok Muslim Fashion Show...

Jangan lupa tau datang beramai-ramai..bawak sehala kaum keluarga, kengkawan sedara mara ..okies..

No comments:

Post a Comment

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!