Saturday, May 8, 2010

Tidur lebih 8 Jam Tetap Mengantuk. Ada Masalah??

Semasa aku jenjalan tadi, terbaca satu entry pasal Tidur Ubat Paling Mujarab kat blog krole ZONE . Aku berminat ngan entri nie sebab aku mempunyai masalah sukar tidur & Se7en plak aku rasa dia ada masalah sangat kuat tidur.


Sekarang nie lebih2 lagi..aku memang susah sangat nak tidur, sedangkan aku rasa mengantuk.  Contoh la even aku tertidur setengah sebelum waktu tidur sebenar, then terjaga terus tak leh tidur..macam semalam la..kul 4 am baru aku tidur..then pagi2 rasa sangat sakit kepala...Dan aku yakin STRESS adalah punya nya..memang sejak menjak nie kan banyak sangat masalah peribadi + keje yang aku hadapi...

Se7en plak..dia bekerja dalam tekanan..kerja dia memerlukan dia banyak berfikir..otak jadi sangat letih & badan jadi sangat lemah ..sebab tu dia jadi mengantuk yang luar biasa bagi aku..dah macam2 supplement cuba..tapi macam tak berkesan aje..doktor kata, darah putih die kurang, tapi aku tak sure la plak whether tu pun menyebabkan badan dia cepat letih.

"Waktu tidur paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan rasa mengantuk.

"Jika seseorang itu masih rasa mengantuk, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali.
  Secara biologinya manusia mempunyai lima peringkat tidur. Peringkat satu hingga peringkat empat dipanggil tidur tanpa gerak mata cepat (NREM) dan peringkat lima dipanggil tidur gerak mata cepat (REM). Ketika REM, mata bergerak-gerak seolah-olah mengikut imej-imej dalam mimpi kita.

Manusia memerlukan tiga hingga empat tahap untuk tidur nyenyak supaya lebih segar apabila bangun daripada tidur.

Keperluan tidur untuk orang dewasa adalah di antara enam hingga lapan jam. Jika jumlah tersebut kurang, seseorang itu akan mengantuk dan jika jumlah tidur melebihi 12 jam ia boleh mencetuskan sakit kepala dan otak jadi malas (tidak cerdas). 

Dan ayat dibawah nie membuatkan aku sangat lah risau bagi pihak Se7en ku itu
 Contoh kegagalan organ yang sering dialami seseorang pesakit ialah ginjal, hepar, jantung dan paru-paru. Waktu tidur mereka yang mengalaminya terbalik daripada sepatutnya.
arghh..sentap..selama nie amik remeh jek tentang hal nie..haruskah pegi buat medical check up?? bukan senang nak memujuk Se7en pegi jumpe doctor ....bagi la ape habuan pun tetap tak nak jugak..adehh...semoga dia baca entri nie..



credit to Krole ZONE.

3 comments:

  1. uih.
    padan pon aku ni pemalas.
    sebab tido lebih la ni.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masalah tidur ye?? insomnia laa tuhh!!
    sama laa kite ;)

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!