Thursday, February 24, 2011

Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak

Assalamualaikum and good morning!!!!

Wah..pagi-pagi lagi sudah ku tulis blog ye..sebab ada info yang nak dikongsi dengan korang semua..Info khas untuk orang-orang yang suka bergayut macam aku..bukan bergayut di pokok ye, itu monyet..bergayut di telefon.sila baca info yang aku copy & paste dari Berita Harian nie.

Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.
Aku paling lama pernah bercakap 2-3 jam..tanpa henti...
“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.
Haruskah insaf dari bercakap di telefon lama-lama?? Lepas kahwin baru insaf boleh tak?ekekekeke

9 comments:

  1. skrg almost semua(rasanya) pengeluar telefon bimbit dah pun wat peranti build in dlm henfon utk halang radiasi tu

    ReplyDelete
  2. Parah owh..
    Sekarang ni macam2 kan?
    Ade baca pasal ni? http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tualawanitapuncabarahpangkalrahim_/Article/

    *Semalam borak2 kat telefon sejam setengah.. Huhuhu.. Kena kurangkanlah pasni.. Rekod paling lama, sampai subuh.. Dalam 4-5 jam jugaklah.. Giler kan????????????

    Entry Terbaru: Masturah Abu Bakar Sangat Popular Dari Ben Ashaari

    ReplyDelete
  3. pasni tak leh la gayut lelama... sms je la...

    ReplyDelete
  4. utk syer kita bersama jugak..sebaiknya kalau mahu dengar telefon guna telinga kiri.

    ReplyDelete
  5. @Idahkalau guna telinga kiri xpe erk???sye mmg selalu gune telinga kiri

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!