Saturday, August 13, 2011

Resepi Sardine Roll


-13 Ogos 2011-
Haluuuu!!!!Pose tak hari nie??
Entri hari nie resepi lagi ye..hehehhe..
Resepi yang diambil dari blog Kak Wan

Bahan Inti :
  1. 1 tin kecil Sardin - dilenyek/hancurkan
  2. 1 biji Bawang Besar - dipotong dadu
  3. 2 biji Bawang Putih - ditumbuk
  4. 1 sudu besar Cili Kisar
  5. 1 tangkai Cili Merah - dicincang
  6. gula dan garam secukup rasa
  7. 1/2 biji Limau Nipis

Cara Membuatnya:
  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan cili kisar, bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan sardin sekali dengan sos.Tumis sampai sos kering
  4. Masukkan gula, garam dan limau nipis.
  5. Kacau sebati, angkat, sejukkan.
    Bahan Untuk Doh:
  1. 3 cawan Tepung Gandum
  2. 1 sudu teh Yis Mauripan
  3. 1 biji Teluk sejuk
  4. 1/2 cawan Air Mineral Sejuk
  5. 2 sudu besar Minyak Masak
  6. 1 sudu teh Garam halus
  7. 1 sudu besar Gula
Pelekat: 1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat

Cara-Cara :
  1. Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air. Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
  2. Masukkan tepung yang di ayak ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, minyak dan garam. Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
  4. Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya. Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng. Picitkan sedikit di hujungnya.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Toskan dan sedia dihidang.


2 comments:

  1. NAMPAK SEDAPNYA!! DAH LAMA X MAKAN SARDINE ROLL

    ReplyDelete
  2. simple je resipi ni kan? tapi apa2 bhn guna sadin mesti best punya la...

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!