Wednesday, August 17, 2011

Resepi Sup Daging Berempah

-17 Ogos 2011-

First time dalam seumur hidup buat sup daging sendiri..Aku nie "kureng" sikit bab-bab makan sup nie..Tapi dah dapat suami yang suka makan sup, kena lah belajar buat sup. Betullah kata orang, dah kahwin nie, macam - macam masakan kena pandai..Tak boleh nak ikut tekak kita aje..Memandangkan Encik Suami tetiba teringin nak makan sup daging katanya, moh la kita buat sup daging. Resepi ikut suka aku untuk hidangan 2-3 orang.

Bahan-Bahan
  1. Daging
  2. 1/2 biji Bawang Besar - kisar
  3. 7 biji Bawang Merah - kisar
  4. 4 biji Bawang Putih - kisar
  5. 1 sudu teh Ketumbar - kisar
  6. 1 sudu teh Jintan Manis - kisar
  7. 1 sudu teh Jintan Putih - kisar
  8. 2 sup Bunjut
  9. 4 biji Bunga Lawang
  10. 2 biji Kulit Kayu Manis
  11. Minyak
  12. Air
  13. 1 batang Carrot a.k.a Lobak Merah - potong ikut suka
Cara-cara :
  1. Rebus Daging dengan 1 sup bunjut sampai empuk. Kalau nak banyak kuah, bubuh air banyak. Ikut suka korang je k.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing. (Bahan A)
  3.  Ambil lagi satu sup bunjut, keluarkan isi dalam bungkusan sup bunjut tu, tumis bersama bunga lawang dan kulit kayu manis. (Bahan B)
  4. Bila daging dah empuk, masukkan bahan kisar yang telah ditumis (Bahan A) tadi...Kacau sebati. Biarkan ia mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan B
  6. Masukkan Carrot/Lobak Merah.
  7. Masukkan garam secukup rasa..Biarkan mendidih sebentar..
  8. Bolehlah dihidangkan panas-panas..Untuk hiasan, letak lah daun sup dan bawang goreng.

1 comment:

  1. Belum terlambat untuk belajar memasak. Asalkan suami gembira, sanggup buat apa saja

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!