Thursday, September 20, 2012

Resepi Cupcake Pandan Vanilla

Gara-gara teruja tengok rupa cupcake dalam blog Mat Gebu..terus zap zup masuk dapur, tengok bahan..haa..cukup....maka terhasillah cupcake pandan vanilla versi cikpuan tiutmiutperasanlebey....

Bezanya aku tukarkan coklat chip dengan coklat rice..sebab itu je yang ada pungggg...Untuk versi asal resepi sila lah ke blog Mat Gebu itu...


BAHAN-BAHAN:
150 gram mentega
130 gram gula
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar (kalau rasa adunan cam tak berapa lembut, tambah la ikut sepadan)
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perasa pandan
1/2 camca teh pewarna hijau
160 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Coklat rice secukupnya

CARA-CARA:

1. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula  dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.

3. Ambil 4 camca besar adunan dan campurkan dengan perasa dan pewarna pandan, kacau rata.

4. Sudukan adunan biasa 1/2 penuh masukkan sedikit adunan hijau. Lorekkan kan dengan chopstik sebanyak 2 kali.

5. Buat kaedah sama pada baki adunan. Tabur coklat cip pada setiap bekas

6. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 175 celcius 25 minit atau hingga masak dalam oven yang telah dipanaskan dulu.

Thursday, September 13, 2012

Panggilan Makcik Pakcik


Sempena kelahiran baby aku merangkap anak sedara kepada adik adik adik adik adik adik..ade 6 kan..hahaha.. yang bakal lahir nie..haruslah memandangkan ni anak sedara sulong dieorang..kena setkan nama panggilan.

Family aku memang tak penah guna nama panggilan ikut pangkat except for me (along) & my sis (kakcik) yang sorang lagi tu..Yang lain semua panggil guna nama aje...So, macam pening gak ar ape nak panggil erk? Panggilan untuk mama abah pun tak set lagi..tak kan nak panggil nenek kot kat mak aku yang awet muda tu..plisss..apekeless...hahahaha...Tapi aritu aku dapat inspirasi dari cerita BOBOI BOY untuk anak aku panggil abah = TOK ABAH..hahahha..Pastu mama panggil TOK MAMA la kan...Sesuaaaiiii gitu....

Okeh..untuk adik aku yg no 2 tu..selalu anak no.2 orang panggil Ngah kan..So, senang je..PAK NGAH..hahaha..Pastu yang no.3, dah tentu2 nama panggilan dia kat rumah kakcik, so bolehla panggil makcik..walaupun dia bermati-matian menolak panggilan tu, aku tetap nak suruh anak aku panggil MAKCIK..Perhatian ye MAKCIK!!!! Pastu adik lelaki aku yg no 4...kalo ikutkan family belah mama, anak makcik aku la..yang no 4 panggil Alang, so kita leh panggil adik aku tu pak belalang..Opss..silap, PAK LANG! Pastu yang no. 5 ngan no 6 nie yang pening..selalu panggil yg no 5 tu kakak and no 6 kak tiyah...Adik aku yang no 5 bagi idea suruh panggil dia MAK KAK..Dah apekebenda MAK KAK tu pelik betul..hahahha.. And Kak tiyah plak panggil MAK RAH..hahaha..ni lagi kelakar.. MAK RAH macam MARAH je..Nanti ari2 anak aku kena marah ngan MAK RAH die..hehehe... Maybe panggil Cik Isha ngan Cik Tiyah kot..budak lagipun mak2 sedara anak aku nieh...And last sekali..senang je dah anak bongsu dan memandangkan umur dia baru 7 tahun..panggil UCU je la... Abes cerita..Fuhhsss...

Wednesday, September 12, 2012

Tonton Drama Adam & Hawa Online



Sekarang ni ngah femes and ramai yang meroyan tengok Adam & Hawa kat Astro kan? Ngan aku sekali jangkit.. Tapi rumah tak derk astro haruslah tak kan kalo nak pasang astro semata-mata nak tengok citer nie...Then haruslah nak kena cari alternatif lain kalo nak sangat tengok...


Sebab-sebab aku nak tengok cerita nie ialah sebab aku memang peminat novel-novel Aisya Sofea.. Rasanya aku dah baca semua novel yang ditulis oleh Aisya Sofea.. Dan of course la kan berminat nak tengok novel dia yang dah didramakan  nie..Nak tengok sama ada novel best ke cerita yang best..

Ok STOP! Takmo bebel2.. Kalo korang nak tengok jugak full drama online boleh tengok kat website nie.. Erh tetiba kan baik hati nak share2 link nie.. hahahaa..

Tuesday, September 11, 2012

Mari Mencatat Pergerakan Baby

Semalam pergi check up untuk 30 minggu.. Actually arini dah masuk 31 minggu.. Another +- 9 weeks to due..Eeeee...tak sabarnya nak jumpa baby...Papa pun hari-hari cakap tak sabar nak main-main ngan baby..Atau lebih tepat, nak buli baby la tuuuu...

Semalam nurse dah suruh start catat pergerakan baby. Dari pukul 9 pagi sampai 9 malam tiap-tiap ari.. Tapi baby nie saje je ye, time orang nak catat2 nie la dia buat main-main tak aktif macam selalu...Kalau tak kemain lagi die berpusing-pusing sampai senak perut nie ha...




Setakat dari pukul 9 sampai sekarang baru 5 kali pergerakan..actually aku rasa cam dah lebih sikit kot, tapi sebab aku bagi jarak masa dia lama sikit baru kira, so baru 5 kali... Agaknya penat la tu, malam-malam bukan tidur pun..aku yang tak cukup tidur bila rasa dia duk main-main dalam perut ni..geli-geli gtu..Perangai sebijik cam papa la..siang tidur, malam berjaga...nanti leh la geng ngan papa dia bila aku tidur..hahahha..

Yang kelakarnya malam semalam saja pasang lagu "didadadidada"..pastu letak kat perut, Ya Allah kemain aktif lagi dia joget..tergelak2 dah kiteorang nie...

Thursday, September 6, 2012

Kerjaya Di Awan Biru - Air Asia


**tetibe jadik promoter Air Asia..hehehee


 klik pic untuk tengok lebih jelas..

Tuesday, September 4, 2012

30 Weeks.+-10 Weeks More To Go

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.)
Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.
Tak sabarnya nak tunggu baby lahir... Sekarang ni dah bertambah-tambah aktif..lagi2 time maghrib & malam time nak tido... ada aje aksi dia nak buat..