Tuesday, January 21, 2014

Little Caliph: Breastfeeding Journey

Assalamualaikum 
Hai....
Tetiba nak cerita experience breastfeed Alfateh..
Alhamdullillah Alfateh dah nak masuk 15 bulan...
and Alfateh still direct feeding..
Memula lahir dulu Alfateh tak pandai nak isap.. and dia kerap mengamuk sebab tak kenyang minum susu..
Susu banyak lah jugak siap boleh buat stock lagi dalam peti ais rumah mama tu..penuh ngan susu..siap warning awal2 kat adik2 jangan tersalah minum pulak..hehehhee..
Because of Alfateh tak pandai nak direct feed, terpaksa bagi through botol. Dalam pantang lagi dah kena minum botol...and he's totally refuse direct feeding. sebab dah sedapkan minum guna botol. Sedih tau..so hari2 perah and bagi dia minum dalam botol. Selang seli jugak dengan formula milk setelah penat mama potpetpotpet suh bangi formula milk.. Aduhaiii...


Tiba-tiba bila masuk je umur 3 bulan, he refuse botol..hahahha..masa tu dah lah nak masuk kerja dah kan..ingat oklah jugak dia senang nak minum botol..dah berubah hati lah pulak..Adeh..memang mencabar... Hantar nursery, dia tak nak minum guna botol langsung..ebm ke formula milk ke semua tak nak..Nasib baik lah jugak nursery kat bawah opis nie je, so boleh turun breastfeed kan.. itu pun sebab aku turun setiap 2 - 3 jam, pihak nursery siap letak notis boleh datang time pukul 12-2 pm only.Kejammm... Lama jugaklah nak paksa Alfateh minum susu botol. Dia lebih sanggup tidur dalam kelaparan..sian dia...bila balik rumah dapat tengok betapa laparnya dia..asyik mengempeng aje..

Dan sampai sekarang, still breastfeed.. Susu botol adalah perkara terakhir bila dia rasa  tak puas minum susu badan.. Kalau kat nursery elok je die minum kekadang pengasuh kata habis 8oz tiga empat kali minum..Tapi bila balik rumah, jangan haraplah..Mengempeng aje..Penat rasa..Ada jugak terpikir nak stopkan dia dari direct feed tapi tak sampai hati.. Lagipun dah niat nak breast feed sampai umur Alfateh 2 tahun.. Harap-harap dipermudahkan lah oleh Allah S.W.T.


Supplement untuk banyakkan susu?
Dulu-dulu ada gak try macam-macam supplement..
termasuklah Alfafa, VCOA, pastu pil yang macam jamu tu..apa entah nama dia..tapi lepas tu dah malas..dah penat makan macam-macam ubat.
So sekarang memang tak ada amik apa-apa supplement pun..
Alhamdullillah susu masih ada.

2 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!