Saturday, January 1, 2011

Tak Ada Azam Baru

01 Januari 2011

Hepi New Year 2011 untuk semua...
Korang pergi mana sambut New Year?
Aku lepak kat rumah aje..dah 2 tahun memang aku tak keluar pun malam New Year..
malas gila nak keluar KL, sebab memang wajib jalan jem kan?
Kat Putrajaya ni pun mana lah ada bunga api..
kalau ada pun boleh tengok dari rumah..
nampak sipi-sipi kira oklah kan?
Tahun baru, azam pun mesti baru kan?
So, apa zam korang tahun ni?
Haha..sesungguhnya aku tahun nie..TAK ADA AZAM BARU..
sebab tahun lepas punya azam pun banyak yang tercapai..rasanya semua kot tak tercapai..
so tak kuasa aku tak buat azam baru....

2010 banyak sangat peristiwa pahit dan menyakitkan hati..aku harap aku dapat lupakan semua tu dan maafkan semua orang dan lupakan semua perkara yang buat aku sakit hati, sedih dan menangis..
ye..aku sedang mencuba...
Semoga tahun ini lebih baru dari tahun-tahun sebelumnya..
Happy New Year, guys...!

Thursday, December 30, 2010

Muzium Mamalia

Semalam (Selasa) ambil cuti khas sebab family aku datang..Saje nak bawa dieorang pergi jenjalan..Even kat dalam Putrajaya je pun, tapi dieorang kalau aku kerja, memerap kat rumah je lah..

Esok pun aku apply cuti, tapi plus ngan tadi Jumaat diumumkan cuti sebab menang AFF Suzuki, so sampai next year la aku cut..Cewahh...cakap next year macam lama lagi je kan?

Back to the topic, Muzium Mamalia ni terletak di Presint 15, Putrajaya. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun, free jek...Haiwan-hiawan kat sini semua dah dibekukan.