Saturday, November 24, 2012

Bersalin Dalam Perjalanan

Salam...

Alhamdullillah pada 29/10 aritu aku da pun selamat melahirkan seorang khalifah Allah jam 1.15 am .... Baby boy..

Actually aku due sepatutnya 14/11.. so kiranya aku bersalin awal 2 weeks ++.. Disebabkan due pun lambat lagi, dengan beraninya amik risiko balik kampung masa raya aritu...almost 14 hours baru sampai..Jalan jem giler & memang mencabar mental lah..Naseb baik bukan bulan puasa...

Time nak balik Putrajaya keluar rumah dalam pkul 10 am, tak ade plak aku rasa sakit nak bersalin ke apa...So far, aku memang sihat je...Disebabkan jalan yang jem giler jugak, patutnye petang dah sampai Putrajaya, tapi pukul 5 still kat Kuala Lipis..And masa tu la aku perasan air ketuban dah leaking..

Memula aku tak tahu la tu air ketuban, sebab mana ade pengalaman kan...Masa berhenti solat asar tu aku g toilet, lepas kencing tu aku rasa ade air lagi keluar, ingat tak puas kencing, so lama gak la aku duk dalam toilet..Lepas tu g amik wudhuk, tengah amik wudhuk tu lagi sekali air keluar, sampai la aku tengah sembahyang pun ade air keluar...tp sikit-sikit je macam terkencing..Pastu aku cakap la ngan hubby, then sms mama bagitahu...Disebabkan yang kuar tu sikit-sikit dan tak ada lah basah sampai satu kain, mama cakap maybe aku terkencing kot..so teruskan la perjalanan macam biasa..

Sementara dalam kereta tu memang asyik terkeluar la air sikit-sikit..Sampai da basah seat..Tapi tak ada bau. Aku pun tak ada la rasa sakit ke ape... cume aku perasan perut mengeras dlm 15 minit sekali macam tu..Sambil2 tu sms ngan mama & call kakak ipar yag nurse..dieorang bagitahu suh drop kat mana-mana hospital untuk check...Dengan masa tu tengah jem giler, dari 10km nak jumpa hospital pun amik masa sejam lebih...Hubby da gelabah da...

Dalam pukul 8 lebih sampai kat Hospital Bentong, so terus drop kat situ pergi wad bersalin. Nurse tanya nak admit wad ke nak check je, aku cakap nak check je..sekali dah bukak 2 cm tp nurse da rasa kepala baby... kena tahanla kat hospital tu...Nurse pecahkan air ketuban terus bagi cepat bersalin sebab memang dah leaking pun..Dalam dua jam pastu baru la aku mula rasa sakit sikit-sikit..sambil tu perut memang lapar gila sebab dari pagi tak makan..makan roti je..suh hubby belikan nasi..Dalam sakit-sakit tu makan la jugak...tapi tak dapat nak abeskan sebab sakit sangat...

Dalam kul 11 malam aku panggil nurse sebab rasa sakit sangat, g check, still 2 cm.. cuba-cuba nak tidur tapi tak boleh..dalam kul 12 lebih macam tu aku rasa sakit sangat da tak tahan..macam nak terberak sangat...Panggil nurse..nak berjalan pun dah tak boleh, so dieorang tolak aku guna "wilcha"...12.50 aku masuk labour room, dah bkak 10cm. masa nurse ngah buat persiapan tu siap cakap "saya dah nak teran ni".Banyak kali gak la aku teran kepala baby duk keluar masuk..sampai dah satu tahap tu aku teran siap ngan jerit sekali..hamekkau..terus keluar baby...Hubby tak henti2 mengucapkan syukur..Dan ayat yang paling kerap diulang "Baby Boy"... Unexpected la sebenarnye sebab ramai orang teka baby girl...


Alhamdullilah semuanya selamat..lahirlah baby seberat 2.9kg di Hospital Bentong...Hehehe..tak memasal je jadi orang Pahang...

Wednesday, October 24, 2012

Wednesday Blues!!!

Hari ni last day kerja..Esok cuti..Best kan??? Erh korang cuti jugak ke?Hehehehe...Tak sabar nak habis waktu kerja..baru masuk kerja rasa macam ooooohhhh lambatnya pukul 5..Nak balik nak balik..Pastu nak balik kampung..Yuhuuu..bestnya!!! Lama dah tak balik kampung tercinta.. Nak jumpa family tercinta..Rindu rindu rindu!!!

Semalam dah siap-siap packing barang..Pastu hubby tegur "erh lambat lagi la nak balik"..Then i was confused "erh esok kan rabu..kan esok kite balik"..Haishh..saje je tau!!! Barang baby pun dah siap2 standy je dalam kereta..Angkut sekali ngan box yang penuh ngan barang baby tu..Sebabnya eventhough due lagi 3 weeks, tapi baby dah cukup bulan..If buatnya dia tergedik-gedik nak keluar time kat kampung, pastu barang plak semua kat sini, mahunya tak kelam kabut kan...tak pepasal nanti hubby nak kena balik ambil plak..

Tahun ni parents aku buat Qurban lagi..So bestnya..Ada banyak DAGING!!! Yang tak bestnya adalah hari-hari akan makan daging tu sampai pengsan.. Balik kampung nie nak suruh Mama buatkan gulai daging , cicah ngan roti..Fuhhh..maveles...

Lepas balik raya haji, masuk kerja lagi 2 weeks..InsyaAllah..pastu cuti cuti dan cuti lagi..With my newborn baby..InsyaAllah...Doakan semuanya selamat ye!! Thank you!!!


Monday, October 22, 2012

Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Menyambut Kelahiran Bayi

  • Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 
  • Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
  • Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 
  • Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 
  • Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
  • Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 
  • Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 
  • Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  • Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

Wednesday, October 17, 2012

Baby Progress 36 Weeks

Mesti korang menyampah ken???? Setiap kali publish entri pasal baby..Baby Baby Baby..Macam  dia sorang pregnant ken??? Hade aku kesah, nok???? Sebenarnya nampak nau tak de idea nak conteng kat blog buruk yang bajet ramai orang bace padahal nonhado...

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)
Memang sejak menjak seminggu ni rasa tak selesa sangat...Semalam g check up doctor cakap baby dah turun....Pastu sakit perut datang tetiba selang sejam dua..Kalau dah duduk atau baring, nak bangun berjalan tu memang seksa yang amat..dan sakit kat bahagian celah kangkang..Jalan pun dah macam itik la rasa..dan dah malas nak keluar g jenjalan bagai..wikend lepak rumah je la..
 

Friday, October 12, 2012

Bulan-Bulan Terakhir Kehamilan

Sekarang dah masuk trimester ketiga..Dan beberapa minggu je lagi baby nak kuar..Asyik nak ulang ayat "eee...tak sabarnya.." ..Padahal nak cover nebes sebenarnya..

Dah akhir-akhir nie banyak lah benda-benda yang berlaku dan di alami..Antara benda pelik yang menghantui hidung aku nie ialah BAU SAMPAH.. Siyes tak tahan bile hidung nie asyik bau sampah sampaikan badan sendiri pun rasa macam bau sampah.. Hubby pun dah fedup bile aku asyik tanya ada bau sampah tak... Tapi memang hidung aku nie memanjang je bau sampah tak kira lah kat opis ke kat rumah ke...Padahal tak ade sampah pun ... Rasa macam nak cabut hidung letak kat tepi..ekekekke..

Yang keduanya..PANAS PANAS PANAS sampai berpeluh-peluh even duk dalam ekon..Kat opis siap letak kipas bebetul belakang kerusi padahal kat opis dah tentunya ber-ekon. Bila kat rumah pulak semua kipas kat hall pasang.. Time tido lagi la sangat seksa..Rasa macam mandi peluh..Padahal kipas dah pasang full.. Last2 merempat kat kaki hubby sebab tu port kipas..tapi tetap panas jugak...uhuhuhuhu..Rasa cam nak letak katil dalam kolam renang...

Dan sekarang ni kalau balik kerja dah tak larat nak masak..Apetah lagi kalau balik rehat dulu lagila..malam tu time nak masak je rasa terketar-ketar berdiri lama-lama.. So, dengan buat muka kesiannya cakap ngan hubby pasni makanan beli je kat luar....

Another 5 weeks to go.....

Monday, October 8, 2012

Petua Memudahkan Kelahiran


Thursday, October 4, 2012

Jom Teka Jantina Baby

Lagi +-6 weeks je lagi nak melahirkan..Eeee....tak sabarnya..Nervous pun ada gak bila baca dan dengar banyak cerita-cerita tentang kesakitan nak bersalin ni..Kadang-kadang rasa cam, ala menyesal baca..Tapi hari-hari tangan tetap gatal duk menggoogle jugak...

Aku memang tak scan kandungan aku nie..Last dulu scan kat klinik kesihatan masa baby umur 19weeks, tapi doc cakap tak nampak lagi jantina dia....Lepas daripada tu memang tak de scan..Plan nak scan 3d/4d rasa cam membazir je bayar RM200..kesimpulannya, biar surprise..


Dalam pada tu nak jugak main teka-teka kan...Mari bermain teka-teki.....

1. Jika LELAKI, anda tidak akan mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan, atau tiada langsung..sebaliknya kalau PEREMPUAN...
- aku aritu morning sickness sampai dah nak masuk 6 bulan baru stop..tu pun tak lah tiap2 hari..ikut time2 dia nak datang...

2. Jika LELAKI dengupan jantung bayi kurang dari 140 seminit.
- setakat arini tak pernah lagi dengupan jantung baby kurang 140, selalu 150-155, paling kurang pun 148..Tapi kakak iparku yang nurse kata, yang nie tak leh dipercayai lah...

3. Jika LELAKI anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh sebaliknya jika PEREMPUAN beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
- perut ke depan, rasa berat kat depan la..huhuhuhu..

4. Jika LELAKI perut anda kelihatan bulat sempurna teta[i condong ke bawah sebaliknya jika PEREMPUAN perut akan kelihatan lonjong/membujur dan condong ke atas.
- Siyes tak reti nak tengok bulat ke lonjong ke bujur ke...

5. Jika LELAKI suka makan makanan masam dan masin sebaliknya jika PEREMPUAN mengidam makanan yang manis.
- Tak suka makan yang masam-masam, tak pernah sentuh asam sejak mengandung..jeruk pun pernah makan sebiji dua je sebab terliur tengok hubby makan... Tapi kalau makanan masin dan manis..suka sangat..contohnya coklat....

6. Jika LELAKI muka anda lebih berseri-seri, sebaliknya jika PEREMPUAN kulit anda akan mudah bermasalah.
- Yang nie kan tak pasti la erk mana satu betul, orang kata kalau baby girl yang muka berseri, ada orang kata baby girl..Herm entahla..tapi setakat nie ramai yang cakap muka aku berseri masa pregnant nie..pastu kulit muka aku memang tak de masalah langsung.. seingat aku sepanjang pregnant nie seketul dua je jerawat timbul tu pun sebab lepas kuar rumah waktu malam tak cuci muka before tido..

Kesimpulannya aku pun tak tahu lah..hehehehe...Kebanyakkan orang cakap aku mengandung baby girl..mak mertua aku pun..Hubby yang nak sangat baby boy dan asyik cakap baby nie boy..tetiba ada suatu hari tu dia tido dalam mimpi ke mamai ke, dia pegang perut aku dan cakap "baby girl ni" ..bila aku tegur dia senyap tidur rupanya...

Instinct aku lagi lah tak leh pakai..Sebab tak de instinct langsung..Cis..apedaa... Macam orang tak de perasaan..dah beberapa kali aku mimpi dah bersalin, tapi bila dalam mimpi tu macam tak sure jantina apa...tapi aku suka sangat bila tengok baju baby girl..cute gile..dan rasa cam nak beli je..hahahha..

Baby boy ke girl ke tak kisahlah..Janji sihat walafiat...

Wednesday, October 3, 2012

Resepi Agar-Agar Milo

Resepi ni aku ambil dari blog HomeSweetHome
Hari tu rasa macam teringin nak makanbenda yang sejuk-sejuk macam nie..
So google2 dapatlah resepi agar-agar milo nie


Bahan (Lapisan Coklat) 
8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan 
1 3/4 cawan air  
1/3 cawan gula 
3/4 cawan serbuk Milo 

Cara-Cara:- 
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. 
Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. 
Tapiskan. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau dalam acuan yang dikehendaki. 
Biarkan beku sebentar. 
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nanti.

 Bahan Lapisan Susu:- 
10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) 
1 1/2 cawan air  
1/2 cawan gula 
1 cawan susu cair 
beberapa titis esen vanila 

Cara-Cara:- 
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut. 
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan. 
Masukkan susu cair dan esen vanila. 
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. 
Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.


Monday, October 1, 2012

Blueberry Cheese Cake

Hasil dari tepung ready mix cheese cake yang dibeli dari membe..
Mudah je nak buat..dan memang BEST!!!!
Tak rugi beli...



Thursday, September 20, 2012

Resepi Cupcake Pandan Vanilla

Gara-gara teruja tengok rupa cupcake dalam blog Mat Gebu..terus zap zup masuk dapur, tengok bahan..haa..cukup....maka terhasillah cupcake pandan vanilla versi cikpuan tiutmiutperasanlebey....

Bezanya aku tukarkan coklat chip dengan coklat rice..sebab itu je yang ada pungggg...Untuk versi asal resepi sila lah ke blog Mat Gebu itu...


BAHAN-BAHAN:
150 gram mentega
130 gram gula
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar (kalau rasa adunan cam tak berapa lembut, tambah la ikut sepadan)
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perasa pandan
1/2 camca teh pewarna hijau
160 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Coklat rice secukupnya

CARA-CARA:

1. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula  dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.

3. Ambil 4 camca besar adunan dan campurkan dengan perasa dan pewarna pandan, kacau rata.

4. Sudukan adunan biasa 1/2 penuh masukkan sedikit adunan hijau. Lorekkan kan dengan chopstik sebanyak 2 kali.

5. Buat kaedah sama pada baki adunan. Tabur coklat cip pada setiap bekas

6. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 175 celcius 25 minit atau hingga masak dalam oven yang telah dipanaskan dulu.

Thursday, September 13, 2012

Panggilan Makcik Pakcik


Sempena kelahiran baby aku merangkap anak sedara kepada adik adik adik adik adik adik..ade 6 kan..hahaha.. yang bakal lahir nie..haruslah memandangkan ni anak sedara sulong dieorang..kena setkan nama panggilan.

Family aku memang tak penah guna nama panggilan ikut pangkat except for me (along) & my sis (kakcik) yang sorang lagi tu..Yang lain semua panggil guna nama aje...So, macam pening gak ar ape nak panggil erk? Panggilan untuk mama abah pun tak set lagi..tak kan nak panggil nenek kot kat mak aku yang awet muda tu..plisss..apekeless...hahahaha...Tapi aritu aku dapat inspirasi dari cerita BOBOI BOY untuk anak aku panggil abah = TOK ABAH..hahahha..Pastu mama panggil TOK MAMA la kan...Sesuaaaiiii gitu....

Okeh..untuk adik aku yg no 2 tu..selalu anak no.2 orang panggil Ngah kan..So, senang je..PAK NGAH..hahaha..Pastu yang no.3, dah tentu2 nama panggilan dia kat rumah kakcik, so bolehla panggil makcik..walaupun dia bermati-matian menolak panggilan tu, aku tetap nak suruh anak aku panggil MAKCIK..Perhatian ye MAKCIK!!!! Pastu adik lelaki aku yg no 4...kalo ikutkan family belah mama, anak makcik aku la..yang no 4 panggil Alang, so kita leh panggil adik aku tu pak belalang..Opss..silap, PAK LANG! Pastu yang no. 5 ngan no 6 nie yang pening..selalu panggil yg no 5 tu kakak and no 6 kak tiyah...Adik aku yang no 5 bagi idea suruh panggil dia MAK KAK..Dah apekebenda MAK KAK tu pelik betul..hahahha.. And Kak tiyah plak panggil MAK RAH..hahaha..ni lagi kelakar.. MAK RAH macam MARAH je..Nanti ari2 anak aku kena marah ngan MAK RAH die..hehehe... Maybe panggil Cik Isha ngan Cik Tiyah kot..budak lagipun mak2 sedara anak aku nieh...And last sekali..senang je dah anak bongsu dan memandangkan umur dia baru 7 tahun..panggil UCU je la... Abes cerita..Fuhhsss...

Wednesday, September 12, 2012

Tonton Drama Adam & Hawa Online



Sekarang ni ngah femes and ramai yang meroyan tengok Adam & Hawa kat Astro kan? Ngan aku sekali jangkit.. Tapi rumah tak derk astro haruslah tak kan kalo nak pasang astro semata-mata nak tengok citer nie...Then haruslah nak kena cari alternatif lain kalo nak sangat tengok...


Sebab-sebab aku nak tengok cerita nie ialah sebab aku memang peminat novel-novel Aisya Sofea.. Rasanya aku dah baca semua novel yang ditulis oleh Aisya Sofea.. Dan of course la kan berminat nak tengok novel dia yang dah didramakan  nie..Nak tengok sama ada novel best ke cerita yang best..

Ok STOP! Takmo bebel2.. Kalo korang nak tengok jugak full drama online boleh tengok kat website nie.. Erh tetiba kan baik hati nak share2 link nie.. hahahaa..

Tuesday, September 11, 2012

Mari Mencatat Pergerakan Baby

Semalam pergi check up untuk 30 minggu.. Actually arini dah masuk 31 minggu.. Another +- 9 weeks to due..Eeeee...tak sabarnya nak jumpa baby...Papa pun hari-hari cakap tak sabar nak main-main ngan baby..Atau lebih tepat, nak buli baby la tuuuu...

Semalam nurse dah suruh start catat pergerakan baby. Dari pukul 9 pagi sampai 9 malam tiap-tiap ari.. Tapi baby nie saje je ye, time orang nak catat2 nie la dia buat main-main tak aktif macam selalu...Kalau tak kemain lagi die berpusing-pusing sampai senak perut nie ha...




Setakat dari pukul 9 sampai sekarang baru 5 kali pergerakan..actually aku rasa cam dah lebih sikit kot, tapi sebab aku bagi jarak masa dia lama sikit baru kira, so baru 5 kali... Agaknya penat la tu, malam-malam bukan tidur pun..aku yang tak cukup tidur bila rasa dia duk main-main dalam perut ni..geli-geli gtu..Perangai sebijik cam papa la..siang tidur, malam berjaga...nanti leh la geng ngan papa dia bila aku tidur..hahahha..

Yang kelakarnya malam semalam saja pasang lagu "didadadidada"..pastu letak kat perut, Ya Allah kemain aktif lagi dia joget..tergelak2 dah kiteorang nie...

Thursday, September 6, 2012

Kerjaya Di Awan Biru - Air Asia


**tetibe jadik promoter Air Asia..hehehee


 klik pic untuk tengok lebih jelas..

Tuesday, September 4, 2012

30 Weeks.+-10 Weeks More To Go

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.)
Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.
Tak sabarnya nak tunggu baby lahir... Sekarang ni dah bertambah-tambah aktif..lagi2 time maghrib & malam time nak tido... ada aje aksi dia nak buat..

Wednesday, August 29, 2012

After A Year..

Akhirnya... hubby dah abes kursus..dah boleh posting tempat lama balik... Fuhhh...Lama gile kot rasa nak tunggu setahun nie abes..dan akhirnya hubby berjaya menghabiskan kursusnya dengan jayanya..Cis..bape banyak "nya" la....Lega la rasa... Pasni tak yah bangun seawal 5 pagi untuk kejut hubby dan..semestinya hubby lagi la lega sebab pasni masuk keje pun kul 9, balik pukul 5..wah..bahagia betulkan....Boleh g keje sesama, leh breakfast sesama before g kerja...best best best..macam dolu-dolu la...

Minggu ni cuti 3 hari ingat nak ajak hubby g jenjalan Tropical Colmar..Gile dah bertahun tu impian nak g sana tapi hajat asyik kecundang di tengah jalan je..Ni pun plan je..sebab dengan keadaan aku yang memboyot ni, ikut mood la..kalau mood baik leh la pergi..hhuhuhu...

Tuesday, August 28, 2012

Resepi Kue Tiaw Kungfu... Wachaaaa!!!

Assalamualaikum....
Haluuu...
Lame giler tak update belog ni kan??
And lagi lame giler tak tempek resepi kat belog nie kan???
Jom..Usha resepi terbaru...Tetiba rasa nak makan lak..tapi tak nak yang beli....Heheeee..macam-macamlah..

Resepi Kue Tiaw Kungfu 

Bahan-Bahan:

1. Kuetiaw
2. 2 biji Telur
3. Serbuk Lada Hitam
4. Serbuk Lada Sulah
5. 3 ulas Bawang putih -ketuk2
6. Sayurdipotong-potong - kubis, brokoli, sawi, carrot atau apa2 sayur je lah yang korang suka.
7. Tepung jagung
8. Garam
9. Ayam .. boleh tambah udang or sotong..
10. 1 atau 1/2 Kiub pati ayam 

** Sukatan dia korang agak-agaklah secukup rasa.

Cara-Cara:

1. Pukul telur dan masukkan kuetiaw..pukul sehingga rata..masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
2. Goreng dalam minyak yang sedikit sehingga agak garing..
3. Dah siap, ketepikan dulu...
4. Untuk kuah pula, tumis bawang putih.....
5. Masukkan air ikut suka hati korang nak banyak mana kuahnya.
6. Masukkan kiub pati ayam..
7. Masukkan lauk seperti ayam, udang atau sotong..nak letak semua sekali pun boleh...biarkan masak sekejap.
8. Masukkan sayur-sayuran
9. Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dengan air... sukatan tu ikutla macam mana pekat yang korang nak..
10. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
11. Campurkan kuah ke dalam kuetiaw yang telah digerang dengan telur tadi.

tadaa....siap untuk dimakan....

Friday, August 3, 2012

Senyum-Senyum Sendiri

Salam Ramadhan....

Senyum-senyum pagi nie... Al maklumla..dapat berita gembira...daripada tak de mood sebab pagi tadi muntah-muntah, terus rasa cam berseri-seri plak muka nie..hahaha..tetibe kan..

Semalam masa ngah bosan-bosan tak tau nak buat apa kat opis, sesaje godek-godek website UiTM...kot-kot la ada announcement pasal result ke..tapi tak de plak..
Tup tup pagi nie bukak email, masa nak delete yang dalam SPAM tu, terbaca satu tajuk email "EXAMINATION RESULT"... Seb baik tak terdelete lagi..Terus UNSPAM...

Memula konpius nak caya ke tak ..sebab masuk dalam SPAM kan.. terus call Mama nak tanya adik dah dapat result ke tak..Malas nak call dia dulu, ingat Mama kat rumah..lagipun time2 nie kompem die tak bangun lagi..hahahahha...Pastu baru call dia nak kompemkan balik sebab Mama tak tahu..

Dan Alhamdullillah..sepanjang aku study diploma dulu... ni lah baru dapat merasa pointer yang macam nie... First time nie sampai cam tak caya je.. Mama pun terkejut.. Tak de lah banyak mana pun macam budak2 pandai..tapi at least buat diriku tersenyum-senyum bangga dengan diri sendiri..Mama kata rezeki baby..

Aku memula memang tak confident pun exam aritu..ade satu subjek yang aku jawab sampai nak nangis-nangis dah..Pastu masa memula masuk study dulu, time tu jugaklah aku dapat tahu aku pregnant..So, perangai memang macam ntah apa-apa..tengah study pun ngamuk2, nangis2...sampai kena marah ngan hubby..huhuhuhu..banyak betul drama ...

Tak sia-sia tiap2 kali class hubby tunggu kat Uitm dari pagi sampai petang...Dan masa exam pun hubby tunggu jugak sampai abes...

Thanks to hubby sebab bagi support dan semangat..juga untuk Mama yang selalu mendoakan aku.. dan untuk baby juga..sumber inspirasi mummy..Setiap kali jawab exam, bukan main aktif dia bergerak..tolong mummy bagi jawapan ye..hehehe...nanti dah lahir, boleh ikut papa anta mummy g class...

Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan

Salam Ramadhan...
Dalam tak sedar, rupanya hari ni dah 10 Ramadhan ye..Rasa macam kejap je..Bulan puasa nie, waktu malam lah rasa paling cepat sekali masa berlalu..lepas berbuka..tuntang tuntang dan masa untuk tidur... Tidur tak sempat nak lena, tetiba jam dah bunyi untuk bangun sahur..tapi waktu siang rasa panjang je..huhuhuhu..

Hari nie mood tak baik betul..sejak semalam..tetiba makan nasi berlaukkan HATI. Hukum dunia nie, kalau kita boleh ikut cara orang, tak semestinya orang boleh ikut cara kita. Bila kita sedaya upaya menjaga hati dan perasaan orang, tak semestinya orang ambil tahu pasal hati dan perasaan kita... Dan bila kita mengalah, tak semestinya orang akan mengalah dengan kita...Sangat tak adil kan..tapi dah sejak azali kot perangai manusia macam tu..


Seorang isteri kecil hati dengan suami, takkan mengubah syurga atau neraka suami itu, sebagai isteri REDHA je lah..

Thursday, July 19, 2012

Buffet Ramadhan : Equestrian Club Putrajaya



Dewasa: RM58
Kanak-Kanak (6-12 tahun): RM30
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: PERCUMA!!


Buffet Ramadhan Cruise Tasik Putrajaya



Dewasa : RM88 nett
Kanak-Kanak : RM58 nett

Tempahan mestilah dibuat 7 hari awal.
Sah dari 21 Julai 2012-16 August 2012

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi
03-8888 5539

Monday, July 16, 2012

Papa To Be

Disebabkan ke-excited-an seorang Papa, selagi tak dapat something yang dia nak sangat beli untuk baby dia nie, pukul 10 malam pun sanggup heret Mummy pergi Giant..Gara-gara nak beli stroller, frust yang dimahukan kat Carrefour abes stok.....Bila diingatkan balik sangat lah kelakar hokeh...Ni baru melayan perangai Papanya macam nie, nanti baby lahir nanti,kompem ikut perangai Papa..ahaks...

Sekarang nie kandungan baru nak masuk 6 bulan..barang baby dah start beli sikit-sikit mana yang penting..Sebab minggu depan dah nak puasa, so kompem tak larat nak jalan-jalan banyak sangat..Pastu hubby pun maybe akan start busy je memanjang memandangkan dah nak masuk unit balik kan...So, beli la sikit-sikit apa yang patut...Kang kalau g jenjalan lagi, jumpa yang berkenan beli la lagi..Ada lagi +- 4 bulan  lagi untuk melahirkan..Ikutkan aku, banyak lagi masa, tapi kalau ikutkan hubby..semua dia nak beli..kalau boleh sampai anak umur 5 tahun kot nak beli..hahahha..selagi tak puas hati ,selagi tu lah asyik nak pergi je..merata shopping complex dah kiteorang terjah...

Semoga Papa menjadi Papa yang baik dan bertanggungjawab bila baby dah lahir nanti.. Kena rajin-rajin jaga baby...Nanti baru baby sayang kat Papa..


Friday, July 13, 2012

Pureen Clearance Stock Sale


Thursday, July 12, 2012

Just A Little Update

Gudmorning gojes2...

Tetibe kot update belog di pagi hari nie kan.. Haishh..tetibe rasa cam dah lama tak menyemak kat sini...

Alhamdullilah..sekarang dah abes exam..dengan jaya dan tak berapa nak jaya...walaupun ada paper yang jawab sampai nak nangis..but kata Mama..cuba yang terbaik..yang lain tu biar Allah yang tentukan..Semoga aku lulus untuk semua subjek, lulus untuk semester ni..kalo tak, terpaksa lah aku meletak jawatan dengan rasminya sebagai student..

Dan Alhamdullillah juga sebab pregnancy aku dah masuk 5bln 2 minggu... rasa cam sekejap je..lagi tambah tolak 4 bulan dah nak bersalin..kadang2 cam terpikir, "erh aku dah nak ada anak ke?" rasa cam baru je kawen..kekeke..okla tu dari aku terpikir, "erh aku dah kawen ke?"ahaks...lagi la tak masuk akal..kekeke..Tak sabar nak tunggu baby keluar..mesti comel macam mummy dia nieh..hikhikhik...


Buat masa ni jantina baby still dalam teka teki teka tekuk lagi... Tapi tak kisahlah boy ke girl ke.. yang penting sihat walafiat....

Thursday, July 5, 2012

Menangis Dalam Tidur

Agaknya aku rindu sangat dengan family aku sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi.. Semalam mimpi aku balik kampung ..Pastu masa nak balik semula ke rumah sendiri, beria-ia aku peluk mama sambil nangis tak nak balik.. tetiba aku terjaga, dah basah bantal dengan airmata aku..huhuhuhu..sadis sungguh mimpi tu..

Dah lama tak balik kampung... Ikutkan hati nie nak aje balik, tapi apekandayaku...masa betul2 mencemburui..plus ngan cuti ngan tinggal untuk spare raya je nie...kalau setakat 3,4 jam leh je kot balik sabtu ahad..ni perjalanan je dah amik masa seharian.. Nak balik naik flight kang menyusahkan abah lak nak kena amik kat airport..dekat tak dekat pun sejam setengah gak la dari rumah...dah more than 5 months kot aku tak balik...sadisss....

Haish..lambatnya raya.... sob sob sob ....tulis entri ni pun tahan-tahan air mata..ouh,..sungguh tak gembira la arinie...

miss them a lot...

Wednesday, July 4, 2012

Menikmati Bunga-bungaan di Pesta Floria 2012

Sape dah pergi angkat kening macam Ziana Zain..Hikhikhik...acah aje..Aku dah pergi hari tu..with hubby's family.. Tapi tak puas ar..Tau-tau je lah kan aku kalau tak pusing semua tempat sambil belek-belek sana sini..selagi tu tak puas hati..plus aku belum dapat beli lagi sekuntum mawar merah..erh, kali ni xmau la merah2..nak yg emas2 gitu..macam nie...


Next..marilah kita menikmati gambar2 seterusnya yang cantik lagi bergaya diambil olehku yg kiut guna kamera canggih yang dipinjam gara-gara hubby tak nak beli kamera YUNA...ahaks....




 Lets say this as..apekehell gedik no ..hehehe



 Love-love-love






Ok Bai...Nak tengok banyak lagi pergila sendiri erk..hehhee..

Friday, June 22, 2012

Permata HatiKu 19 weeks

Hari yang ditunggu-tunggu... Tak sabar-sabar...Siap menghitung hari lagi..hikhikhik..

Arini appointment doc kat KK presint 9 untuk scan baby...Baby comey-comey..hikhikhik...Alhamdullillah baby sihat..berat dan ukuran semua sesuai dengan usianya sekarang 19 weeks...Nasib baik doc bagi hubby masuk sekali tengok..kemain lagi hubby senyum sampai ke telinga... Baby lak kemain aktif masa doc tengah scan tu..tak nak duk diam..hahaha..mengagau doc cari dia...

tengok die tengah meringkuk plak..tadi doc scan dia tengah buat senaman..hahaha

Patutnya dah boleh nampak jantina, tapi tadi tak sure la kan..tapi tekaan doc sama ngan cakap-cakap orang lain yang dah lebih 5 orang cakap benda yang sama..Nak tahu apa?? Rahsia lah..huahuahua...tak kisah lah boy ke gegirl ke yang penting baby sihat walafiat.. semoga lagi 4 bulan ++ yang mendatang nie, semuanya ok..

Aku dah start rasa baby gerak-gerak dalam perut sejak masuk 4 months pregnancy, memula tu, aku tergelak sebab macam geli..kelakar pun ada..sekarang nie, dia memang sangat aktif lah, sampaikan kalau dia senyap aku yang risau.. tiap-tiap hari bagi dia dengar al-quran, lagu, dan video2 baby through headphone..mesti dia bagi response..lagi2 kalau time dengar ayat al-quran..

Tak sabar nak tunggu baby lahir.....

Friday, June 1, 2012

Anniversary Dinner

Alhamdullillah 30 Mei 2012 genaplah sudah perkahwinan aku dan hubby setahun..Tapi rasa macam baru kawen je..hahhaha..sekejap je kan masa berlalu ..sekejap je dah setahun..

Memula aku kunun-kununnya excited sangat plan nak wat surprise kat hubby.. nak buat candle light dinner kononnya..siap g beli kek, lilin..hahahha..dan plan nak masak spagetti... Tapi tak sempat buat apa, hubby yang selalu balik malam, hari tu, tak gelap lagi dia dan muncul...so, memang spoiled la kan..nasib baik ada kek, menjadi gak surprise sikit..So makan je lah kek dulu sebab hubby ajak g dinner kat luar..Meh makan kek..
Kek feveret hubby

Hubby tanya nak g makan kat ner..aku nie bukanla jenis yang cerewet nak demand sangat, so aku cakap foodcourt, Alamanda..hakahakak..sebenarnya aku teringin nak makan sizzling mee..tapi hubby cakap, takkan nak dinner anniversary kat foodcourt..hahaha..ntah ape2 kan..idea aku pergi pizza, western kat serdang tu..ceyss..semua ditolak mentah2..hahahah..Last hubby ajak makan kat Marriot..Fuyooo..mcm over la plak kan...aku macam ..erk..mahal tu...kalao buffet sekepala je dah almost 100 kot...tak sampai hati okeh..aku kan isteri yang tak suka membazirkan duit suami..ececece...Last2 google punya google, baru teringat dulu masa memula kawen aku pernah cakap nak makan kat The Garden masa 1st anniversary... And nasib baik ada The Garden yang baru bukak kat Alamanda, so tak de lah nak panjang langkah kaki sampai The Curve sana...
Gila panjang cerita..belum g makan lagi..hadoii..nah tgk gmbr je la..


 Garden Fried Kueyteow (RM10.90)
..sedap...

 Garden Sandwich (RM14.90) 
.. erm..bolehla...roti je yg sedap..hahahha

Teriyaki Chicken Chop (RM18.90)
Hubby's choice..sedap..lembut2 aje ayam dia

 Lime with Sour Plum Margarita (RM9.90)
Hahaha..hubby kata rasa garam pun ada...

Ice Mango Tea (RM9.90)
Aku minum airnya..hubby makan jeruk mangga tu..kekeke

Kesimpulannya..aku bagi 8/10 bintang bintang bergemerlapan...walaupun potion nampak sikit, tapi kenyang sampai lepas tengok wayang sendawa pun rasa lagi..hhehhee

Monday, May 28, 2012

Mimpi Ngeri Lagi

Malam tadi aku mimpi ngeri lagi..mimpi yang sangat menakutkan aku..lagi takut dari mimpi hantu.. sampai ke pagi nie otak aku masih terngiang ngiang mimpi tu...kenapa lah mimpi macam tu ye...

Aku mimpi keguguran... darah keluar banyak..dan janin juga keluar...dan aku dapat tengok rupa janin tu..aku sendiri yang balut janin tu dengan kain..masa tu hubby tak ada..yang ada mama dan abah..aku sedih sangat masa tu...Mimpi yang singkat, tapi sangat memberikan kesan dalam fikiran aku..apetah lagi aku kan pernah keguguran, so memang fobia sangatlah bila mimpi macam tu..

Macam biasa aku nie jenis kalau mimpi apa-apa yang asyik terngiang2 je kat fikiran aku nie, kompem aku takkan berdiam diri buat tak tahu je...mesti nak kena google jugak..dan hasil carian di beberapa blog, ternyata bukan aku sorang je yang pernah mimpi macam nie... menurut beberapa blog yang aku baca, kalau kita mimpi kita hamil, maknanya ada orang yang hantar sihir untuk rosakkan rumahtangga kita..dan kalau mimpi keguguran maknanya sihir yang dihantar untuk merosakkan rumah tangga kita tu gagal, Aku pun pernah mimpi mengandung dulu..masa aku belum mengandung...

Apa pun itu cuma tafsiran je..Tak de lah nak percaya 100%..cuma tak salah kalau kita ambil tahu, supaya kita lebih berhati-hati..Lagipun ada ke orang yang dengki sangat ngan rumahtangga aku nie..bukannya artis pun....

Semoga Allah melindungi rumahtangga aku, melindungi aku dan suamiku, dan juga bayi di dalam kandunganku.Amin Ya Rabbil Alamin!

Sunday, May 27, 2012

Apa Yang Best Masa Pregnant?

Alhamdullillah kandungan aku sekarang dah nak masuk 4 bulan..beberapa hari je lagi..Syukur sebab buat masa nie semuanya berjalan lancar dengan izin Allah..harap-harap dipermudahkan semuanya..Tolong doakan untuk aku dan baby ye!Thank you!!

Ni nak cerita apa yang best nya time pregnant nie... disebalik ujian kekuatan mental yang perlu dihadap..yela asyik muntah, loya, tak lalu makan..bab tak lalu makan la yang paling mental aku rasa, sebab perut sangat lapar, tapi tak leh nak telan makanan..tengok makanan pun rasa menyampah yang amat.

Tak payah buat kerja rumah...
Hadooiii..yang nie memang heaven gile rasa..bila semua kerja-kerja dalam rumah nie secara automatik dan sukarelanya diambil alih oleh husband..dari membasuh baju, pinggan, kemas rumah, hampir segala-galanya lah hubby tolong buat...dan hubby kalau buat kerja memang PERFECT! Luv you, Papa! Setiap kali sebelum dia pergi kerja, dia akan warning awal2 jangan buat apa-apa kerja..tetapi untuk tak tersangatlah kejam aku buat lah jugak yang mana boleh..setakat basuh pinggan yang tak banyak mana tu, lipat2 kain .. aku buat lah...Over betul kalo nak rileks je kan..kena lah memahami yang husband kite pun kerja jugak dari pagi sampai malam.

Lebih disayangi dan diambil berat
Yang nie memang ketara..selama ni bukan husband tak sayang ler..cuma bila time dah pregnant ni, dapat di rasakan aura kasih sayang tu makin kuat..Tak de gaduh2 tak puas hati..semuanya sweet aje....tak de kena marah time aku buat perangai..ahhaha..aku kan memang banyak perangai cekadak....

Dan ade banyak lagi yang best-best...malas lah nak cerita..hahahhaa....kesimpulannya..time pregnant memang best sangat..mcm ni pregnant tiap2 tahun pun sanggup..hahaha..over tul..

Monday, May 21, 2012

Jadi Kejam Tak Dapat Makan ABC PART 2

Hello..apesal ngan blog nie erh??? Nak type banyak2 tapi yang bawah tu tak nampak pulak..

Kesinambungan dari entri kat bawah tu..... Ikutkan hati yang kuciwa tak dapat makan ABC nie, harus la tak abes lagi perang dingin tu..tapi memandangkan esoknya aku ada class..harus lah aku buat cool je..kang esok tak de orang nak anta g kelas sape nak jawab?dah la ada test..harus kang aku gigit jari je..dah la tak dapat makan ABC...kecik hati!!!

Bila cakap ngan hubby tak baik tau isteri mengidam, tapi tak nak pergi beli, terus je dia tanya malam-malam ada lagi tak ABC..Panass je soklan tu..aku pun jawab ler..ade kalau abang pergi beli mesin ABC sendiri!!!Geramnya..

Dan sampai ke hari nie, still tak dapat makan ABC lagi..Ouhhhh..ABC!!!!

Sian kita kan baby..papa tak nak belikan ABC!!! Sob sob sob!!!

Jadi Kejam Tak Dapat Makan ABC

Sabtu lepas time ngah khusyuk siapkan assignment tetiba tekak mengedik nak makan (makan ke minum erk???) ABC a.k.a AIR BATU CAMPUR.

Dengan buat muka kesiannya minta tolong hubby pergi belikan ABC..pergi belikan ok..Ayat dia macam nie..

Mummy kiut : Abang, boleh tak tolong pergi belikan ABC?
Papa TAK kiut : Kat mane?
Mummy kiut : kat warisan tu ada jual..
Papa TAK kiut : OK!


Tapi tetiba lepas solat Asar, dia boleh ajak aku pergi keluar makan ABC..Erh..erh...seperti yang korang baca dalam dialog diatas tu..bukan ke aku yang suruh dia pergi beli??? Bila masa plak aku nak pergi sekali.. Disebabkan sakit kepala dan sakit Malas yang sangat menghantui diri, so aku memang tak nak pergi tapi nak makan... Tapi hubby berkeras ajak aku pergi jugak dan aku tetap TAK NAKKKKKKKKK!!!!!!TAK NAK TAK NAK!!!!!Geramnya...Dan dia tetap degil nak suruh aku pergi jugak...

Siap buat drama air mata hentak-hentak kaki kat katil still tak mencapai matlamat jugak..hampeh betulll...Akhirnya aku pun melancarkan perang dingin!!CIS!!!Tak nak belikan ABC, baik aku sambung buat assignment..buang masa aje buat drama tak laku...Pastu aku tgk dia senyap aje kat bilik tu..Rupanya tertido..ceys..haruslah aku berhangin okeh..tadi kata busy sangat..sejak menjak dia ambil alih tugas mengemas rumah nie, busy je memanjang.. Haiii..heaven-nya pregnant nie..duk rileks aje umpama permaisuri..macam nie mengandung tiap2 tahun pun xpe..hahaha..over plak!

Ok..sambung topic..disebabkan kegeraman tengok dia tido dengan senang hatinya sedangkan aku tak dapat makan ABC, dengan kejam aku amik air dan renjis kat muka dia..muahahahha..padan muka..orang busy mana leh tido2 lah..Pastu aku balas dendam dengan masak nasi goreng, makan sorang2 dengan muka tak de hati perut walaupun hubby dengan muka kesian dan tak malunya duk hulur2 mulut dia kat pinggan aku...Haaa..padan muka sebab tak nak belikan ABC...

Monday, May 14, 2012

Best ke Fulltime Housewife??

Sekarang ni hati membuak-buak memberontak nak duduk rumah je jadik fulltime housewife..Rasa macam malas gile nak pergi kerja..Tiap-tiap pagi dengan sengajanye bangun lambat-lambat, pastu bersiap lambat-lambat..macam orang tak ada perasaan je....

Kalau seharian dapat duduk rumah, rasa macam indahnya dunia ku...masak, tengok TV..hahhaa..macam hidup tak de motip la plak...

Ni semua terjadi sebab dah bosan sangat duk kat opis yang kekadang rasa macam makan gaji buta je... Bila dah siapkan semua kerja, terpaksa plak buat-buat ada kerja sampaikan abes kertas-kertas bagai aku conteng...Sebenarnya dah bosan juga kerja dengan evironment yang sama... Haishh..baru 5 tahun..macam mane lah nak menghabiskan lagi 32 tahun lagi nie....Lamenya rasa...

Ce bagi aku kata-kata semangat sikit....

Tuesday, April 17, 2012

Mimpi

Pernah tak korang mimpi darah atau datang bulan @ period?

Aku sejak beberapa tahun nie memang setiap bulan boleh dikatakan wajib sekali dalam sebulan mimpi period... Aku sendiri tak paham kenapa...Tapi yang aku perasan, lepas mimpi tu, dalam seminggu or 2,3 hari lepas tu aku period... Dan sejak pregnant nie, memang aku tak pernah dah lah mimpi macam tu, rasanya dalam tahun nie aku belum lagi pernah mimpi macam tu lagi...

Tapi..semalam tiba-tiba je aku mimpi balik..Mimpi datang period. Ntah kenapa aku rasa macam nak sangat tahu pasal maksud mimpi tu.. Walaupun sebenarnya mimpi tu kan hanya mainan syaitan.. Ntah kenapa aku rasa risau semacam je...

Hasil google yang aku perolehi dari blog seorang Ustaz (http://www.ustazamin.com/2010/03/jawapan-pada-persoalan-97.html).. ada orang tanya apakah maksud mimpi datang haid..Ustaz tu jawab : kesihatan .. tu je jawapan dia..

Dan ada satu blog tafsir mimpi..katanya.. (http://tafsirmimpi.org/menstruasi.html)
Biasanya mimpi menstruasi ini dialami wanita dan memiliki makna yang sangat positif. Mimpi ini bisa dianggap sebagai lambang pelepasan ketegangan dan ketakutan. Mungkin Anda akan terlepas dari kesulitan sehingga bisa membuat Anda bisa lebih santai. Kadang-kadang mimpi ini bermakna pembuangan energi dan kekecewaan.
Okeh..aku tak de la nak percaya menda2 macam nie 100% sebab memang yang nyatanya mimpi tu mainan tidur, gangguan syaitan.. Cuma dibelenggu pertanyaan je..Kalau ada sesiapa yang pernah alami mimpi macam nie, sila share okeh.. atau ada sesiapa yang tahu maksud mimpi nie ke..sila share okeh..Thanks all...

Friday, April 6, 2012

Kefobiaan Yang Tak Habis Lagi

Malam tadi dalam pukul 11.00 malam gitu, tetiba je pergi toilet and ade sikit bleeding macam dulu2 tu..Haish..disebabkan kefobiaan aku nie, time tu jugak aku ajak hubby g klinik..cadangnya nak g Klinik Lita Alis kat Presint 9 tu, tapi dah tutup..So, hubby ajak pergi kat emergency HPJ je...

Lepas check-check semua, dapat kad yang tulis G1 ..fast lane katenya..tapi sampai tertido-tido hubby tunggu tak panggil2 gak nama aku..ade lah dekat sejam kan..Haduii..seksa rasa..perut plak duk sakit-sakit tak tau lah sebab memang sakit atau sebab nervous.

Doc yang bagi consultation tu doktor perempuan yang sama pregnant jugak..so, dia adalah sangat memahami apa yang aku rasa..huhuuh..doc buat ultrasound, disebabkan jauh plak screen tu dengan aku, so aku xnampak heartbeat baby..tapi hubby kata heartbeat baby laju je..means baby sihat..Alhamdullillah..hilang sikit kerisauan aku..

Afterthat check urine..dan..  hasilnya urine aku infected kuman..padanla beberapa hari ni rasa sangat tak selesa mencucuk-cucuk dan senak dekat ari-ari..so doc bagi antiobiotik, ubat gastrik dan lawas kencing..Aku tak ragu-ragu la untuk makan ubat-ubat tu sebab doc yang bagi tu  pun pregnant jugak..so, dia mesti la tahu apa yang boleh apa yang tak boleh..bersyukur juga klinik Lisa Alis tu tutup, ade hikmah disebalik tunggu lama-lama...

Dan harini aku MC, hubby plak kena pergi keje..kadang-kadang..bukan kadang-kadang, memang selalu rasa sangat kesian dekat hubby sebab aku macam asyik sakit je..sorry hubby...

Thursday, April 5, 2012

5 Bulan

Ya Allah..Lambatnya 5 bulan ni nak berlalu..
Tak sabar rasanya nak menjalani hidup yang kembali normal
Tak perlu lagi bangun se awal 5 pagi..atau lebih awal lagi pukul 4.30 pagi..hukhukhuk..
Lepas tu kemengantukkan yang amat sangat...

Ouh SEPTEMBER!
Semoga kau menjelma dengan cepatnya...

Hidup Ini

Apabila hidup ini terasa kesesakan
Beban yang dipikul amat keberatan
Cabaran yang melanda sungguh menggerikan
Jangan sekali sekali menunduk kepala
Hadapilah semua cabaran dengan ketabahan dan keimanan
Sehingga akhirnya berjaya menewaskan rintangan

Hentikanlah kesibukan seharian
Lihatlah dunia dan alam sekitar yang luas terbentang
Pohon-pohon kehijauan
Burung-burung berkicauan
Matahari yang terbit dan terbenam
Langit dunia ini, luas kebiruan

Haluan hidup usah disia-siakan
Hitam putih kita tentukan
Kalau lewa mengikut hati
Hidup ini menjadi korban

Dunia ini bagai mahligai yang indah
Bagi mereka yang tahu menghargainya
Berterimakasihlah kepada yang Maha Esa
Bersyukurlah untuk segala-galanya
Nikmatilah keesahan hidup ini tanpa hampa dan kecewa

Wrote By : Amy Law (Advocate & Solicitor)

Tuesday, March 27, 2012

First Class

Sekolah dah bukak..jom kembali ke sekolah after 5 years..huhuhuuhu...

First class Ahad lepas sangatlah mencabar okeh... Disebabkan ada sampai 3 Fakulti Law kat Uitm tu, aku dah salah pergi bangunan da... Hubby hantar kat bangunan Fakulti Law yang first kiteorang jumpa.. Tempat dia macam scary giler jek..gelap semacam..nasib baik ada orang lain lagi.. ramai gak la...naik sampai atas cari class.. tapi xde tanda-tanda yang kelas kat tempat berhantu tu..Nasib baik..Then sorang akak nie call lecturer tanya class kat mana..rupanya bangunan lain...Nasib baik hubby tak balik lagi, boleh naik kereta..kalo tak, jalan kaki la macam orang lain..hukhukhuk......

Hubby berhentikan kat bangunan kedua..pastu dia balik..sekali..salah lagi la..nasib baik bangunan yang betul tu dekat je nak jalan..Dah sampai kat bangunan yang betul, pusing-pusing turun naik tangga lagi cari kelas..what the fish la...belum apa-apa lagi dan exercise mental dan fizikal. Masuk class masing2 dah berpeluh kot..hukhukhuk...

Kelas dari pukul 8am sampai kul 6pm..tp lecturer bagi balk awal pun..kul 5.30 gitu dah abes dah..

Erh....class dah abes cerita belum abes lagi nie..hikhikhik

Time rehat konon-konon nak pergi makan la dekat cafe yang ada belakang class aku tu, sekali..tutup da... puas aku merayu-rayu dekat kaki die suruh die bukak tapi die tak layan..ok ni tipu... aku cuma tolak-tolak aje pintu tu..frust betul..Sorang-sorang jalan kaki g cari cafe lain..semua tutup..sob sob sob..lapa.... Last2 g kdai MydinMart yang perjalanannya membuatkan aku terpaksa nak turun bukit...cuma ada roti je..and maggie..and jajan jajan..huh..sadis sungguh!LAPA LAPA LAPA!

Conclusionnya.. next class kena bawak bekal atau suruh hubby tunggu sampai petang....

Contengan tambahan : cuba kira berapa kali nasib baik dalam entri nie..hikhikhik

Tuesday, March 13, 2012

Cause This Is PURE LOVE

This was just meant to be
You are coming back to me
‘cause, this is pure love
‘cause, this is pure love

PURE LOVE - Arash Feat Helena

Thursday, March 8, 2012

Update Sikit Pasal Gaji (SBPA-SSM)

Info ni aku dapat daripada Facebook..Di-update oleh orang-orang hadir/dengar pengumuman PM.

1) Struktur SBPA telah DIBATALKAN.

2) Tetapi SSM akan ditambahbaik

3) Suruhanjaya Khas ditubuhkan untuk kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa    akan datang.

4) Pelarasan gaji SSM (yang dulunya mengikut Jadual Gaji Matriks, sekarang Jadual Gaji Minimum Maksimum) Kenaikannya adalah seperti berikut :
            i) 13% untuk Kumpulan P&P dan Pelaksana (Gred 1-54)
           ii) 9% (Gred utama A, B dan C)
          iii) 8% (Turus III dan II)
         iv) 7% (Turus I dan KSU)

(p/s: cepat2 kira gaji korang..hikhihkhik)

5) Kenaikan gaji bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana adalah di antara RM80-RM320 (ikut gred masing-masing), manakala JUSA ke atas mengikut gaji SSM yang sedia ada.

6) Kadar COLA :
        i) Kawasan A = kekal
       ii) Kawasan B = dari RM200 dinaikkan ke RM250
      iii) Kawasan C = dari RM100 dinaikkan ke RM150

7) Bayaran elaun dan insentif adalah mengikut kadar gaji baru SSM; dan

8) Guru-guru akan tetap kemudahan untuk mengekalkan laluan kerjaya seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2012.

Tuesday, March 6, 2012

-UnPERFECT Person-

Kadang-kadang ada benda yang kita dah lama pendam..
Tapi kita nak sangat cakap walaupun tak sampai hati..
Dan akhirnya kita terpaksa jugak cakap 
Itupun selepas banyaknya airmata yang dibazirkan!

Kadang-kadang kita kecil hati dengan apa yang orang cakap ngan kita..
Rasa sangat-sangat pedih ulu hati
Rasa nak terkeluar air mata
Tapi kita terpaksa buat muka tak ada apa-apa 
untuk jaga perasaan orang tu
Itu pun setelah banyaknya air mata dibazirkan!

Adakah orang yang tak pernah fikirkan perasaan kita
Atau
Kita yang terlalu menjaga perasaan orang lain?

Monday, February 20, 2012

Tanggungjawab Baru

Haluuuu...... Lama giles kan dah tak update belog nieh? Tapi tak derk orang tunggu pung kan?????
Lately nie memang busy sangat2 ngan kerja .....plus kesihatan tak berapa memberangsangkan..Asyik tak sihat aje..

Perkembangan terbaru......Alhamdullillah akhirnya..setelah hampir 5 tahun meninggalkan zaman bergelar student, semalam dengan rasminya aku kembali menyandang gelaran tu.. Cuma bezanya kali nie ada 3 tanggungjawab besar yang menanti aku ..dan maybe 4 kot..hahaha... Student, pekerja, isteri and mane lah tahu kalau ada rezeki jadi mommy plak..hehehhe...


Nervous gak lah kan nak study balik nie..Risau otak dah tepu..risau terabai salah satu tanggungjawab..Apepun aku akan berusaha dengan gigih untuk 5 tahun nie..5 tahun tu..bila abes study nanti umur aku dah 31..tapi bak kata Mama.."Nasib baik dah kawen"..hahahhaa..

Thanks a lot pada parents and hubby yang sentiasa memberi sokongan lebih2 lagi sokongan kewangan..hikhikhik...

Doakan kejayaan aku ye!!

Thursday, January 26, 2012

Alah Membeli Tak Menang Memakai

Okeh..4sure korang pernah dengar peribahasa yang telah diterbalikkan untuk describe perangai mental aku nieh...

Salah satu kegilaan yang aku tak boleh tinggal selain dari makan adalah HEELS.. Beli Heels..terpikat dan tertarik dengan Heels..ooooo..gosshhhh...rasa cam nak lempang diri sendiri bila last month baru cakap nak let go all my heels sebab dah nak pencen pakai heels..Seb baik la Encik Hubby kata tak payah sebab maybe one day aku nak pakai semula..and i said NO..I DON'T NEED IT ANYMORE!... tapi 2 hari ari lepas tu aku pergi beli heels lagi..hohoho..sila bagi penyepak sebutir...

Masalah utamanya..back to the title..macam tu la ye...Alah membeli tak menang memakai..sebab aku hanya suka beli, tengok dan simpan..Ada heels yang dah beli almost 2-3 years tapi tapak dia tak terkesan pun lagi..baru pakai sekali dua..korang nak????ok..TAK BOLEH!

Kekadang bila datang keinsafan dalam diri (ceyss..poyo) terfikirlah gak kan apa aku nak buat dengan semua heels yang ada..Kadang2 rasa cam nak sedekah kat anak yatim pun ada..tapi..SAYANG OOOO....Dalam pada tu mata still duk melilau intai-intai heels baru..Haishhh...the latest heels yang aku minat adalah...

Malangnya dikritik hebat oleh hubby..caittt...ada ke patut dia cakap ni kasut orang indon...This is STYLE okeh.. Like korean artist..hahahhaa..poyo...So, tak dapat la aku beli heels nie last week .. tapi bagus jugakkan, sebab aku hanya membeli, bukan memakai..sapa-sapa nak sewa heels yang aku ada, mehla datang rumah..hehheee..Saiz 4 je okeh!

Monday, January 16, 2012

Awak Tuuuu..Rumah Kite Dah Pasang UNIFI.

Sila jangan menjeles okeh..statement sangatlah poyo...Akhirnya berjaya jugak Encik Hubby menggapai cita-citanya nak pasang UNIFI kat rumah.. Streamyx yang ada ni tak cukup laju katanya..Eventhough bagi aku dah laju dah..Tapi dia nak yang lagi laju punya..So,aku pun bertindak ler call UNIFI..Sebab Encik Hubby tu nak nya beria-ia tapi nak kena tunggu aku jugak call..uhuhuhu.. Al-maklumlah, aku nie personal assistant katanya...

After almost 2 weeks register, baru hari nie orang TM datang pasang..and special aku amik cuti arini sebab nak tunggu orang TM datang pasang UNIFI tu... Aku amik pakej yang basic aje.. VIP5. Tuntang-tuntang kejap aje dia pasang tak sampai 30minit rasenya....Dan yang bestnya.... IPTV tu.. ada Channel Korea hokeh..hoyeh hoyeh...Tak silap aku yang tu berbayar punya Channel..tapi dia bagi free kejap agaknya..elok je aku tengok tak payah subscribe pun..huhuuhu...

Hoho..Lepas ni kalau Hubby bising tenet tak laju lagi tak tahu lah kan..

Sunday, January 15, 2012

Lunch at Chili Peppers Restaurant

Lama tak update tentang pusat makan-makan baru kan?? Hokeh..we have one for this entry....
Actually sebenarnya memang tak pernah sedar pun tentang kewujudan restaurant nie.. sebab lokasi lunch untuk hari tu ialah sebuah restaurant Thai di Presint Diplomatik. Malangnya tutup plak..So, pusing punya pusing terjumpa plak resataurant chili pepers ni.. bak kata Kak Orchid tak cuba tak tahu..ye dak???

Menu's Book


 Mee Goreng Chili Peppers
RM6.80

 Tempe Goreng Berempah
RM2.80

 Sup Tulang
RM8.80

Nasi Goreng Chili Peppers
RM6.80

Makanan-makanan yang dihidangkan memang banyak...Lebih-lebih lagi Mee yang aku order tu..sampai tak terlarat nak habiskan..rasa cam boleh makan 2 orang.. berbaloi la dengan harga dia.. untuk kesedapan plak aku bagi 8/10. Opss..sape tak boleh makan pedas, tak yah datang..hahaha..

Oh ye..untuk pengetahuan korang, restaurant ni lebih kepada masakan Johor sebab tuan punya kedai nie pun berasal dari Muar, Johor....Tengok ada tempe tu pun dah tahu kan??? Ada mee bandung, lontong...Dan juga korang boleh menikmati set makan tengahari dengan harga RM10.80....tak silap aku ada nasi, pilihan samaada asam pedas atau masak lemak cili padi, telur dadar dan air kordial.

Apa yang aku suka tentang restaurant ni ialah hiasan tempat buat air dia dan frame yang mengandungi photo-photo family dilekatkan memenuhi segenap ruang dinding...


Kalau nak cuba bolehla korang ke Presint Diplomatik(Presint 15), Putrajaya..berdekatan dengan Imigresen Presint 15.Kawasannya boleh dikatakan agak tersorok..tapi kalau korang pusing2 sekitar tu kompem tak sesatlah..Don't worry bebeh...