Monday, September 28, 2009

Al-Fatihah buat Allahyarham Ikmal

Sabtu lalu, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan..Rakan yg merupakan seorg yg rapat dengan Si Dia. Aku amat terkejut dengan berita yang x disangka2 itu..Apatah lagi pemergian nya dalam keadaan yang amat menyedihkan..masih terbayang-bayang gelagat & karenah Allahyarham yg mencuit hati tu..Si Dia lebih lagi bersedih kerana Allahyarham amat rapat dengannya sewaktu sama2 kursus di IKED selama hampir dua tahun..paling terkilan, Si Dia xsempat betulkan HP Allahyarham yg ditinggalkan dalam keretaku..
Aku masih teringat gelagatnya yg kelakar ketika kami same2 keluar makan, men futsal dsbnya..Siapa tahu Allah lebih sayangkan dia...Semoga Allahyarham Ikmallizam ditempatkan dalam golongan orang2 yang soleh di Syurga Allah..Ingatla..kematian ada di mana2 dan akan tibe bile2 masa tanpa kite duga..mungkin esok, lusa..kite pula..hanya Allah yang mengetahui..


Keratan Akhbar Harian Metro:Ahad-26-09-09:

Anggota tentera diseret 5 kilometer
Oleh ZALIFAH MOHD YATIM
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Seorang anggota tentera mati dalam keadaan mengerikan apabila tersangkut di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diseret sejauh lima kilometer di Kilometer 136 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara dekat sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan langgar lari kira-kira jam 4.15 pagi, Mohd Nor Ikmallizam Hamzah, 24, yang bertugas di Bahagian Semboyan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Seremban dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Mangsa yang menyambut Aidilfitri di rumah ibunya di Pengerang, Kota Tinggi, sepatutnya singgah di rumah bapanya di Negeri Sembilan sebelum balik ke Kuala Lumpur untuk mula bertugas esok.

Teman wanita mangsa, Nur Fatin Sulaiman, 20, berkata Allahyarham yang menyambut Aidilfitri di Pengerang sempat singgah di rumah keluarganya di bandar Kota Tinggi, malam kelmarin.

Katanya, Ikmal bertolak selepas jam 12 tengah malam dan sejam sebelum terbabit dalam kemalangan, dia ada menelefon memaklumkan sudah sampai di Hentian Rehat dan Rawat di Machap kira-kira jam 3 pagi.

“Arwah memaklumkan dia sampai di Machap dan menyuruh saya sambung tidur... tidak sangka pula sejam kemudian dia terbabit dalam kemalangan maut,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, semalam.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan, berkata mangsa dipercayai terjatuh selepas dilanggar lari kenderaan berat, dipercayai lori, di tempat kejadian.

Katanya, selepas terjatuh, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di Thailand tanpa menyedari menyeret mayatnya sejauh kira-kira lima kilometer.

Beliau berkata, mayat mangsa tersangkut di bawah kenderaan itu hanya disedari pemandunya apabila beberapa kenderaan lain membunyikan hon memaklumkan kemalangan ngeri itu.

“Dalam siasatan dijalankan, ada kesan brek kenderaan berat di kilometer 136 iaitu tempat motosikal mangsa ditemui.

“Mayat mangsa yang hancur beberapa bahagian ditemui tersangkut di bawah kenderaan pacuan empat ronda kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian awal,” katanya.

Pihaknya kini menjejaki kenderaan berat dipercayai lori yang terbabit dalam kemalangan langgar lari bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Rahman Remi di talian 06-9526222 bagi membantu siasatan.

Kenangan Si Dia bersama Allahyarham



Video nie aku letakkan atas permintaan Si Dia sebagai tanda penghormatan terakhir..

Sunday, September 6, 2009

Pending entry - berbuka di Sg. Buloh

Last week, 30.08.09(Ahad), aku ngan Si Dia berbuka di rumah Andak di Sg. Buloh...saje2 je kiteorg nak g berbuka kat sane walaupun xdijemput..hahahhaa...nie seme idea Si Dia la...aku pun follow je la lgpun dah lame xjumpe si kembar yg comel tu..sampai kat sane, memula malu2 gak si kembar tu..x ingt dah agaknye kat aku..hehehehhe..
mase nak berbuka tu punyela kecoh melayan Zafi yg nak kacau seme mknan..Fifi x la plak mcm tu,,pastu, Andak pasangkan katun Bob (zafi yg kate, padahal tajuk citer tu Bus) hahahhaha..aku pun mule2 pelik mane watak yg name Bob yg dimaksudkan tu,, rupenye lagu katun tu asyik sebut Bus tp disebut oleh si kecik nie Bob..huhuuhh..maklum la, baru nak start belajar berkata2...

Lepas berbuka je, sibuk aku duk melayan si kembar ngan Nana.mcm2 permainan yg di ajak nye aku main, pak mat la, apela,,,xnak main, dipaksa plak..hahahha....Fifi ngan Zafi lak sibuk duk panjat2 tangga,..terpaksala Si Dia yg melayan..dah penat aku nak melayan Nana, aku bg je die men game lam Hp aku..hehehehe..taktik...Let the pictures to the talking...

Zafi



Turn Fifi plak layan Nana Men


Nana & Fifi

Sibuk Wat Biskut Raya

Bulan puasa nie aku mmg bz sikit..xsempat nak update blog aku nie...sedar x sedar dah 16 kite berpuase kan??erm, aku skrg ngah bz wat biskut raye..tahun nie raye, aku buat je biskut..ade gak la beli sejenis dua mane yg xtau buat tu kan...ape gune oven aku tu kalo x digunakan..hahahahaha..setakat ari nie aku baru buat 4 jenis biskut...ni seme utk mkn sendiri je...balik kg nnti xde mase plak nak buat..sibuk ngan adik2 aku lagi la yg kecik2 tu..kalo buat kat cnie aman ckit..next week dah start nak g shopping2 baju raye lak..huhuhuhuh...Meh kite review ckit biskut2 yg aku buat nie...kalo ade yg nak resepi...msg aku yerkk..penat lak nak letak resepi..

Butter Cookies (dibuat atas permintaan Si Dia)

Chocolate Oat Crispy

Semperit

Tat Gulung Nenas (menu wajib)

Japanese Crispy Cookies

Setakat ari nie, nie je lah yg aku buat dulu...coming soon Almond London ngan Cornflakes Madu..yg tu xleh wat awal2...silap2 tinggal bekas kosong..Tart nenas yg aku buat dua botol tu pun dah tinggal sebotol sesuku je..huhuhuhu...