Monday, February 1, 2010

Berbasikal di Botanical Garden

Tercapai gak cita2 nak naik basikal kat Botanical Garden nie. Nie kali ke-3 pegi, hari sbelum tu g lawat tapak, then esoknye pergi dah petang, sewa basikal sampai kul 5 aje..last2 hari nie kul 10 a.m kiteorg dah berada kat sana..semangat nie mahu naik basikal..hahahaha...

Untuk pengetahuan korang, Taman Botani nie terletak di Presint 1, Putrajaya dalam lingkaran Persiaran Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah.Taman nie mempunyai lebih dari 700 spesies pokok2 berbunga dan landskpa daripada 90 buah negara tropika yang terdiri dari 3 koleksi utama iaitu Amerika Tropika, Afrika & Asia Pasifik.

Taman ini dibahagikan kepada 4 zon utama iaitu Laluan Jelajah, Taman Flora, Persisiran Tasik & Bukit Palma. Dan setiap zon terbahagi kepada 4 koleksi.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :
  • Pusat Interprentif Pelawat
  • Lawatan Berpandu
  • Astaka Morocco
  • Perkhidmatan Trem
  • Sewaan Basikal
  • Sewaan Bot Kayuh
  • Kedai Cenderahati (tapi aku xjumpa)

Untuk maklumat lanjut korang klik kat Taman Botani.

Kami bertiga menyewa basikal selama 2 jam..kalau hari biasa (Isnin-Jumaat), sewanya Rm2/hour, tp kalau weekend or cuti umum -Rm4/hour. sebabkan nak jugak naik basikal, 4 hinggit pun 4 hinggit lah kan..

Banyak basikal nie, tak payah berebut-rebut


mulakan perjalanan


persisiran tasik..tengah panas terik time nie

aku  xlarat mahu panjat bukit nie..lenguh kaki yang dah lama tak exercise nie

 

padahal ada laluan dia ngan basikal, tp Se7en nak gak suh panjat..pahtu kena marah ngan mak guard..hahaha

Trem nie kalau nak naik Rm4/seorang untuk dewasa & Rm3 /seorang untuk student dan kanak2.

Astaka Morocco-mempamerkan senibina Maghribi dan sepanyol. Rekabentuk galeri berdasarkan 4 buah bandar di Raja yang terkenal iaitu Fez, Meknes, Marrakech & Rabat. nak masuk kena tiket..xtau brape fee dia.

 
sedih tak dapat masuk, lepak kat luar aje lah..dah la kena marah ngan mak guard sebab masuk sini naik basikal..hahaha

rehat jap before balik..dahaga....penat...

 
kalau bawak duit lebih leh mkan kat cnie k..

Gambar2 kat bawah nie adalah view kawasan ini.

Kalau korang berminat nak jalan2 je kat dalam nie, tak payah pun ..masuk free aje..
Waktu Operasi  : 7.00 am -7.oo pm
Tapi kalau nak sewa basikal 9.00 am -5.00 pm aje.

Kat mana aku pergi mesti ada tinggal kenangan kan ..sebab aku telah jatuh basikal..hahhaa..konon2 nak advance la kan..so, aku jalan dulu kat depan, lalu ikut suka aku, sekali jalan tu licin berlumut, then naik bukit lak tak lepas, nak turun dari basikal, sekali basikal hempap aku..jatuh terlentang aku..nasib baik tak tergolek turun dari bukit..berparut lagi lutut aku..parut jatuh motor dulu pun xilang lagi..hehehhe..harus lah Se7en tu gelak kat aku kan..dah la basikal dulu yang ditolongnya, bukan aku..hahhahaaha..

1 comment:

  1. ehhee..jom lah join. tak pe kurang menjiwang pun. asalkan ikhlas di hati nak luahkan untuk si dia. :)

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!