Sunday, January 15, 2012

Lunch at Chili Peppers Restaurant

Lama tak update tentang pusat makan-makan baru kan?? Hokeh..we have one for this entry....
Actually sebenarnya memang tak pernah sedar pun tentang kewujudan restaurant nie.. sebab lokasi lunch untuk hari tu ialah sebuah restaurant Thai di Presint Diplomatik. Malangnya tutup plak..So, pusing punya pusing terjumpa plak resataurant chili pepers ni.. bak kata Kak Orchid tak cuba tak tahu..ye dak???

Menu's Book


 Mee Goreng Chili Peppers
RM6.80

 Tempe Goreng Berempah
RM2.80

 Sup Tulang
RM8.80

Nasi Goreng Chili Peppers
RM6.80

Makanan-makanan yang dihidangkan memang banyak...Lebih-lebih lagi Mee yang aku order tu..sampai tak terlarat nak habiskan..rasa cam boleh makan 2 orang.. berbaloi la dengan harga dia.. untuk kesedapan plak aku bagi 8/10. Opss..sape tak boleh makan pedas, tak yah datang..hahaha..

Oh ye..untuk pengetahuan korang, restaurant ni lebih kepada masakan Johor sebab tuan punya kedai nie pun berasal dari Muar, Johor....Tengok ada tempe tu pun dah tahu kan??? Ada mee bandung, lontong...Dan juga korang boleh menikmati set makan tengahari dengan harga RM10.80....tak silap aku ada nasi, pilihan samaada asam pedas atau masak lemak cili padi, telur dadar dan air kordial.

Apa yang aku suka tentang restaurant ni ialah hiasan tempat buat air dia dan frame yang mengandungi photo-photo family dilekatkan memenuhi segenap ruang dinding...


Kalau nak cuba bolehla korang ke Presint Diplomatik(Presint 15), Putrajaya..berdekatan dengan Imigresen Presint 15.Kawasannya boleh dikatakan agak tersorok..tapi kalau korang pusing2 sekitar tu kompem tak sesatlah..Don't worry bebeh...

1 comment:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!