Wednesday, April 23, 2014

Resepi Cupcakes Chiffon Hokaido

Akhirnya dapat jugak buat Cupcakes Chiffon Hokaido yang femes amos ni katenya.. Tengah top sekarang nie.. Sedap dimakan bila dah simpan beberapa jam..Sangat lembut, Tapi tak membuatkan aku addicted untuk membuatnya berulang-ulang kali dalam masa yang singkat.

Mari kita tengok resepinya.. Resepi asal dari Blog AzlitaMasammanis


CUPCAKES HOKKAIDO CHIFON

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake (saya guna tepung superfine)
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Cawan cupcake yang keras

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali (kalau guna tepung superfine, tepung tersebut tidak perlu diayak)
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks) - Nak tahu macam mana dah soft peak, telangkupkan adunan ke atas kepala, kalau tak jatuh, dah ok la tu

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam  cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan cawan kertas sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


1 comment:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!