Wednesday, May 28, 2014

Periksa Dulu Elak Tertipu


Salah satu tajuk di akbar Sinar Harian hari ini.. Kat sini saya nak tekankan betapa pentingnya semak setiap pembelian yang anda buat didepan kedai tu sebelum anda balik ke rumah. Itu yang selalu saya buat.. Kalau dah balik rumah baru nak check, and then nak pergi balik ke kedai tu, kalau dekat pun malas, apetah lagi kalau jauhkan...

Pernah sekali beli barang di pasaraya terkemuka, cashier ter "scan" dua kali untuk item yang sama. Padahal beli 1 je.. Dan dah beberapa kali juga terkena macam situasi dalam paper nie, harga lain, bayar lain. Especially kalau pasaraya yang jenis tak tempek tanda harga dekat item tu, tapi letak longgok then letak tanda harga besar.. Tapi masalahnya dieorang nie, barang harga lain letak kat tempat yang tak sepatutnya...

Hari tu pergi ke Giant, Bangi... Nampak ada jual oval plate dengan harga RM3/pcs.. Dalam hati macam tak percaya juga, murahnya..Tapi fikir maybe clearance stock kot, so grab la 3pcs..bila sampai kat kaunter, cashier scan RM10/pcs.. And bila di periksa balik, rupanya salah letak..Penyudahnya saya tak beli bukan sebab harga dia RM10, sebab rasa memang logik kalau plate tu harga RM10, tapi sebab nak bagi pengajaran supaya diorang periksa betul2. My husband suruh beli jugak, but i refused to do so and bersusah payah la diroang panggil supervisor bagai nak cancel pembelian tu.... Kalo kita tak bagitahu, sampai bila pun dieorang tak perasan..

That's why memang penting kita check .. masa dia scan tu pun perhatikan betul-betul, then check resit kita tu..

Sekian pesanan penaja tak berbayar..

1 comment:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!