Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



Source : Informasi Dot My

Wednesday, September 28, 2011

Buat Buku Rawatan Ibu Mengandung (Buku Pink)

Kali pertama pergi check up dekat Klinik Kesihatan dan buat buku pink sekali..Even macam-macam aku dengar orang cakap buat nanti 2 bulan lah, nanti 10 minggu la, nanti 3 bulan la..ade yg cakap tunggu 5 bulan baru buat..so, tak tahu mana satu aku call sendiri klinik tu.. Dan nurse yang jawab call tu cakap aku dah boleh pergi buat buku pink.Sebenarnya usia 6-8 minggu dah boleh pergi, jangan lebih dari 12 minggu baru nak pergi.

Aku pergi Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Putrajaya Presint 3.. Lokasi dia berhampiran bangunan MOA..sebelah je..yang bangunan kaca tu..tapi korang kena turun ke bawah sikit..agak tersorokla lokasi dia...



Masa pergi tu untuk buat buku, bawak diri & kad pengenalan je (IC).
Amik nombor then dia panggil untuk isi maklumat kat muka depan buku pink...Pastu dia tanya lah beberapa soklan mudah..Lepas tu, dia panggil untuk ambil darah..kat lengan..10ml ko..aku mcm biasa la kalo nampak benda berjarum-jarum nie harusla mata pejam rapat-rapat..hahahhaa...padahal macam kena gigit semut je pun...

Lepas ambil darah, buat urine test plak..lepas tu kena tunggu kejap then jumpa nurse untuk timbang berat.. 50.95kg berat aku..ayakkk....pastu nurse check breast untuk kesan kot2 la ada kanser ke ape kan..dengan tekan2 sikit kat perut tak tahu lah check ape..hahaha...then dapat ubat 4jenis...

Then kena tunggu lagi..jumpa doc pulak..doc buat ultrasound..nampak baby kecik sangat..baru 8 minggu je pun..aku due maybe dalam 7-9 Mei 2012..

Then doc suruh bawak buku pink pergi dekat nurse untuk next check up..Dah siap!!! 1 jam 30 minit je....sebab tak ramai orang kot...