Saturday, August 8, 2009

CupCake aku ...

Malam Jumaat lepas aku try lg resepi cupcake baru...amatla lembut...nah aku share resepi die ngan korang..

150gm gula aising
150gm butter/mentega
180gm tepung naik sendiri (diayak)
50gm susu cair
1/2 camca kecil esen vanilla
Setengah cawan serbuk koko
3 biji telur

cara membuatnya;
1. Putar gula & mentega sampai kembang dan sebati.
2. masukkan telur satu persatu...tunggu sehingga sebiji telur sebati baru masukkan telur seterusnya...kemudian masukkan esen vanila
3. masukkan separuh tepung, kemudian masukkan susu dan serbuk koko, kacau sebati..kemudian baru masukkan lg tepung samapi habis.
4. masukkan acuan ke dalam cawan kek sehingga 3/4 penuh
bakar lam suhu 190 C selama 10-12 minit...
5. kalo rajin, bile sejuk nanti leh la wat topping..

cubela..mmg lembut yg amat...

3 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!