Tuesday, November 30, 2010

Tabiat Yang TER-buang

30 November 2010
1153
 Hola Mi amor!..
erh tiba-tiba tercakap perancis pulak..
hahaha...
Dah la pagi nie terbuang tabiat bangun buat breakfast..
roti telur je pun..
bukan roti canai telur ye..
expert betul aku kalau aku pandai masak roti canai telur..
rupa dia begini...

 tapi ni bukan gambar roti telur yang aku masak tu ye..
ni encik google yang bagi..datangnya dari blog husnafirdausadam..harusla bagi credit..
telur roti telur yang aku buat tu dah selamat masuk dalam perut sebelum sempat nak snap..

Aku sebenarnya dah penat hari-hari terpaksa keluar pergi beli makanan kat PPJ tu..
dah tak larat..
tapi nak makan makanan kat cafe tempat aku ni pula macam dah tak sanggup..tak lalu...
seboleh-bolehnya aku elakkan....
kenapa?
biarlah rahsia...

Oh ya..kepada yang dah bayar untuk voucher  Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy tu, sabar tau...voucher akan keluar pada 1/12/2010..tapi dalam malam-malam sikit la..sebab voucher-voucher yang sebelum nie pun aku dapat malam...ada je aku terus email kat korang ok..don't worry...

Sunday, November 28, 2010

Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy

24 November 2010
Update : 26 November 2010

This is sticky mode  entry..please scroll down for the new entry


Syoknya kalau dapat urut badan macam, kan?
Dah la sejak menjak ni asyik sengal-sengal badan aja..
tadi masa buka website GROUPSMORE , nampak ada offer terbaru
Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy + Wrap + Full Tummy Massage dari Bella Luna.
Treatment ni untuk membuang segala toksin dalam badan dan juga melancarkan peredaran darah..
Harga sebenar RM289.
Tapi kat GROUPSMORE boleh dapat 90% OFF
So, korang rasa berapa harga dia??
Teka...
Teka...
RM28 ONLY!
Siapa nak bagi kan? Nak pergi spa pun kurang-kurang RM150 tau kena melabur..
So, aku decide nak beli la voucher nie...
boleh guna sampai 28/1/2011 lagipun..
Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli gak voucher Black Crystal Thermal Sand Dip Therapy ni, korang boleh email kat aku ke ienafazlyna@gmail.com
Nanti aku boleh tolong belikan
tapi korang kenalah masukkan 28 hinggit tu dalam akaun aku ye
Atau korang beli sendiri kat website Groupsmore tu.
Oh ye..terhad kepada 29 orang customer sahaja
Setakat hari nie 25/11/2010 26/11/2010, dah 73 122 orang yang beli voucher nie
Korang still boleh beli sampai habis tempoh promosi 28/11/2010.
Dan akan berakhir dalam masa 3 hari lagi
Dan untuk wanita berumur 21 tahun ke atas sahaja
lelaki dan yang gitu-gitu tu tak leh ye
Voucher akan dihantar melalui email dalam masa 3 hari selepas promosi berakhir..
Oh ye..lupa nak bagitahu, Bella Luna ni lokasi dia kat Times Square & Kota Damansara.
Siapa cepat dia dapat!
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Bella Luna boleh la ke website dia ok
http://www.mybellaluna.com/contactus_msia.html

Selamat Pagi, CINTA!

28 November 2010
0937

Awal kan aku bangun hari nie? Kan? kan?
Haishhh..Entah kenapa dari semalam sampai hari ni asyik buang tabiat + buat lawak antarabangsa aje..
Semalam aku tiba-tiba je dengan rajin tak bertempat pergi mydin sorang-sorang..
konon-kononnya nak belajar hidup tanpa "driver"..sebab tak lama lagi encik "driver" akan pergi kursus 3 bulan..
tujuan sebenar nak g Avon..Pastu merewang la sampai mydin..ciskek..cakap merewang macam jauh je..padahal sebelah-sebelah..
Kalau dah aku membeli-belah sorang -sorang tu...paham-paham je lah..apa yangg aku nampak semua aku capai.. yang tak nampak pun pergi cari...
masa bayar tu dah cuak gile..sebab dalam purse ada Rm80 je..pastu aku rasa cam banyak plak aku membeli..
Nasib baik cuma Rm62.50...Makkk aaiii..beli makanan jajan-jajan sampai Rm62.50..erh..barang sekarang kan mahal,kan?hehehhe...
Akibat tak nak dengar cakap adik aku(aku call) supaya tunggu bus kat tempat yang ada tanda bus, berlari aku mengejar bus..penat seh...tercunggap-cunggap macam orang semput dah..mesti orang yang tengok aku gelak guling-guling..bawak barang banyak-banyak pastu lari-lari..
lainkali sila degil lagi....
Dan ada satu benda yang menyakitkan hati aku...
Untuk balik ke rumah aku kena tunggu bus lain plak..
So, ada satu bus nie tulis 101..memang bus yang akan lalu kat rumah aku la...so, aku pun naik la..
tapi pelik pula apesal bus tu tak masuk laluan biasa..aku ingatkan dia malas..so diam je lah..
haisssh...tak sedap hati pulak kan..sila ikuti dialog tersebut :

aku : "tak masuk 9C ke?"
driver bus : " erh ni bus 100 nie kak"
aku : "tu kan tulis 101"
driver bus : "alamak lupa tukar"

Kesudahannya???? Dia turunkan aku kat Klinik Kesihatan and aku jalan kaki sampai rumah..jauh giler k..about 2km ada kot..masa tu aku sorang je dalam bus, apesalahnya kalau dia hantar aku pun....sakit betul hati aku..orang lain buat salah, aku yang kena terima akibatnya..hampeh...

Cerita hari nie..aku bangun pagi-pagi, siap breakfast lagi tau..lepas kemas-kemas rumah, mandi and pakai comel-comel, dan......
baring-baring sambil online..
what the hell???
sangat lah buang tabiat....tu la nasib orang tak de boyfriend..hahhahaa...

Contengan Tambahan: Terpanjang pula membebel pagi-pagi nie..sorry..

Friday, November 26, 2010

Contact Lense Free

26 November 2010
1100

Salam Jumaat
And Good Morning...
Korang perasan iklan Nuffnang kat blog korang or blog yang korang masuk tu ada iklan This Feeling : Acuvue
Kalau korang nie seorang pengguna contact lense
atau
sorang yang suka barang free.....mcm aku..hehehe
memang wajib korang klik kat iklan tu..
sila klik ye..
hehehehe...
sebab Acuvue ada nak bagi korang 3 days free trial contact lense..
senang je..cuma isi form..dan print out
pastu boleh redeem kat mana-mana cawangan yang korang dah pilih...
Oh ye..ada contest juga..
kalau rajin leh la korang join..
aku belum rajin lagi..
hehehe..
maklumat lanjut klik sini This Feeling

Wednesday, November 24, 2010

Elyana & Khairul Save The Date & Solemnization

24 November 2010

Erh erh...blog ni bukan dah jadi gossip blog or blog artis ye..
saje nak share ngan korang dua video yang sangat sweet nie...
layan...






Tuesday, November 23, 2010

Hasil Kerja Seorang Amatur

23 November 2010

Syhhhhh....
Ini bukan episod "cinta syhhh" Uncle Seeker ye..
Ini rahsia yang lebih besar..
Harap target dah terima barang misteri itu dari 2 gadis misteri yang dikenali sebagai Cik Customer Berdua...
Kalau tak, ampunlah ye cik kak berdua..
terkeluarkan entri nie..
tp ni dah petang for sure Cik Target dah terima ye...
Tadaa....


ni lah hasil kerja aku....seorang pembuat kek amatur
yang masih merangkak-rangkak dalam bidang nie
Minta-mintak Cik Customer Berdua a.k.a Kak Nor & Kak Jue puas hati ye....
To Cik Target a.k.a Kak Erni..
Happy Besday, my dear Sis...



Monday, November 22, 2010

Limau Dari Kebun Atuk

22 November 2010


Sila perhatikan limau ini
Limau ye...
Bukan jari yang comel tu..
ahaks..
Kalau korang nak tahu, limau nie dari kebun atuk aku tau
aku pun dah lama tak menjenguk ke kebun tu
tiba-tiba je balik hari tu
tengok banyak gila liamu yang dah jatuh-jatuh & rosak
so aku and the geng, kutip la apa lagi
walaupun mulanya sangat takut nak pergi situ
sebab ada kambing..
abah aku kata
"kambing tu bukan makan orang, orang yang makan dia"
hahhaaaa...


Couples Dynamic

22 November 2010


Sunday, November 21, 2010

Baking Again

21 November 2010

Selamat hari minggu semua?
Tak keluar? Tak dating?
Cehh..sibuk tanya orang..
aku pun stay kat rumah je hari nie
semalam dah puas berjalan kan...
Demi melunaskan janji aku ngan Kak Orchird nie..
dengan rajinnya hari nie aku baking coklat kek
letak lam bekas kecik-kecik
senang sikit nak bawa pergi office nanti


Haa..nak cakap nie.
Yang ni pun aku buka juga untuk tempahan
Jadi sesiapa yang nak order boleh lah..
mana tahu nak buat cenderahati majlis kawen ke apa kan..
Price adalah seperti di bawah...
bawah 100 biji = RM1.50
100 biji & keatas = RM1.20
lebih 200 = RM1.00
and free tagging nama or "terima kasih"

Actually dah lama aku ambil tempahan untuk cupcake, tapi malas nak buat page..sebab aku buat pun untuk kawan-kawan jek...
Oh ye..siapa-siapa nak order boleh lah email ke ienafazlyna@gmail.com atau call/sms 013-7436026 (iena)


Saturday, November 20, 2010

Kenali Jari Kita

20 November 2010

Mesti korang bosan kan kalau aku asyik buat entri pasal aku jek..merepek entah pape kan? So, hari nie aku nak bagi info sikit pasal jari..ye JARI ye adik-adik..hehhee

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI!
Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu
maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik...perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
p/s : erk..ruas tu yang mana erk?ekekekke

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita...kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin...cube cek tapak tgn
masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
p/s: ni macam aku jek..heheheh

selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh
atau lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.
p/s: nasib baik tak..huhuhu

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu
mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu
jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..
p/s: ye ..aku ada urat hijau tu...

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok
pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di
setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Contengan Tambahan : Info ni aku dapat dari seseorang yang email kat aku..so, saje nak share ngan korang

Thursday, November 18, 2010

Cantik Lagi Cun

18 November 2010

Bukan aku lah.
blog aku nie yang cantik lagi cun
Kalau korang nak cakap aku yang cantik lagi cun pun apesalahnya
hehehhe..
tapi korang bodek lebih-lebih pun tak dapat ape k..
muahahaha..malam-malam  mempoyo tak hengat dunia erk..

Tak delah..sebenarnya aku dapat AWARD dari Cik Enna Banana...
Erh, you suka makan banana erk?
I suka gak...
Lagi-lagi kalau time sembelit..
cis..tak senonoh betul..

 And macam biasa lah, kena lah menjawab beberapa soalan cepumas nie..

1.BERIKAN SATU NICKNAME UNTUK SAYA..
- Cik Enna Pisang...jangan marah ye..

2.UCAPAN UNTU PEMBERI AWARD.
-Thanks you Cik Pisang sebab bagi I Award nie..Jangan lupa singgah-singgah blog I selalu tau..Erh, I suka la blog u yang pinky-pinky noneng-noneng tu..kalau u tak paham, buat-buat paham je lah erk..hahahhaa

3.BERIKAN 6 ARTIS OR SINGER OR BAND GROUP YANG KORANG MINAT.
- Of course lah akak I,Ziana Zain..hehehhe
- Siti Nurhaliza
- Nur Fazura..she's HOT!!!
- Eja.. ada orang kata muka sedih dia macam I..walaupun I tahu dia sejuta kali cun lagi dari I, I tetap nak perasan gak okeh...
- Angelina Jolie
- Aaron Aziz...

4.BAGI AWARD NIE KEPADA 10 BLOGGER YANG MEMPUNYAI BLOG CANTIK LAGI CUN.

 6 je cukup la erk..hehehhee...

Ehem-Ehem

18 November 2010

Ehem-ehem..
Korang rasa-rasa kan, apa yang lain kat blog aku nie?
Ape???
sama jek??
Ish korang nie..cuba tengok betul-betul...mata bukak luas-luas...
Haaa....
Nampak?
Header aku dah lain kan? 
Cumel tak?Orang dalam header tu?
muahahahha...
Cumel kan header tu?
Sebab bukan aku yang buat..memang la comel..lalalallaa
Thanks a lot tu Sue yang hadiah kan aku header nie..
Korang jangan jeles tau..
kalo korang nak g la blog Cik Sue kite nie
Pergi buat-buat baik & bodek-bodek sikit..
Macam aku yang selalu puji-puji header dia..hehehehe
manelah tahu nanti die nak hadiah kan korang header lak?
Kan kan kan, Sue?
Thanks a lot k...
I like!!


Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

17 November 2010


Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua blogger yang membaca entri ini...
Hari nie even beraya tanpa parents aku, tapi tetap aku bangun awal..
main masak-masak..
masak nasi goreng jek..
sebab tengahari karang nak pergi open house rumah bos dan kak orchid.
tapi...
mana encik se7en nie tak muncul-muncul..
lama betul dia pergi sembahyang..
amsjid kat sini dah habis sembahyang dah pun
tolong lipat sejadah masjid agaknya..
ngeh ngeh ngeh


Tuesday, November 16, 2010

Huwaa..Nak Mama!

16 November 2010

Takbir raya tengah berkumandang di surau..
waa..syahdunye..
sedih sedih..
tahun ni sekali lagi sambut raya haji kat sini..
Huwaa..
Mama..nak mama..huwaa....
Tak suka tak suka...
huhuhuuhu...
2 tahun lepas tak rasa sedih sangat sebab ada adik lelaki aku si Izzat Shafiq tu..
tahun nie dia nak SPM, tak dapat datang..huwaa....
Esok mesti dieorang tengah berseronok-seronok berkenduri kendara kat rumah nenek aku...
Selamat Hari Raya Aidil Adha, korang!!!..

Monday, November 15, 2010

Bertunang Pun Boleh Beranak?

15 November 2010

Ini perbualan aku dengan seorang budak lelaki berumur 5 tahun..
Budak tu adik aku lar...hehehhe

Aku : Maqim, jom ikut Kak Long balik rumah..Naik kapal terbang.
Maqim : Tak nak lah, mane boleh.
Aku : Kenapa pulak?
Maqim : Sebab kan Kak Long nak bawa adik....
Dan aku pun diam jap..sebab blur....adik mana pulak ni?
Aku : Adik mana?
Maqim : Adik Kak Long la, kan Kak Long nak bertunang, kan nanti dapat adik...

Hah????

Esoknya....

Maqim : Kak Long, orang bertunang pun dapat anak macam orang kahwin ke?

Gelak dalam hati.....
Tak padan ngan kecik la budak ni....
Pemikiran advance betul.
Geram jek nak cubit-cubit pipi dia..hehehhe..


Sunday, November 14, 2010

First Time Makan Mee Kolok

14 November 2010

Korang tahu MEE KOLOK tu apa?Aku tak tahu..tapi tu dulu lah..sebelum 2 hari lepas...Banyak kali dah aku dengar pasal benda alah ni, tapi tak pernah tengok rupa dia or makan....Aku nie kalo benda nama pelik-pelik ni, aku memang sangat takut nak mencuba..

Tapi hari jumaat lepas, kengkawan ajak aku pergi Setapak...Makan Mee kolok kat restaurant DAPUR SARAWAK, Kalo korang nak tahu, restaurant ni kepunyaan pelakon pojaan Mama aku.. Mahmud Ali Bashah...betul kot eja nama dia macam tu...

 nie dia punya tuan kedai

Dapur Sarawak ni terletak dekat Setapak..berhampiran dengan Bank Rakyat..jalan menuju ke Uptown Danau Kota


 Menu jek dah menarik perhatian..sebab MERAH you..Harga pun standard...mampu dimakan oleh semua orang..erh, ape punya ayat la nie



Dan nie lah benda alah yang aku makan..nama dia Mee Kolok...Mee ni macam maggie goreng kegemaran aku jek..Tapi ada ayam..SEDAP...jadi berbaloi lah aku try..walaupun aku takut nak menghadapi apa rasa dia sebab nama dia pelik..hehehe

Next time aku nak pergi lagi lah makan kat sini..tapi nak suruh dia bubuh ayam banyak-banyak..boleh? Kengkawan kalau nak pergi makan kat sini, ajak lagi tau..hehehhe...

Majlis Pertunangan

14 November 2010

Halu....I'm back..Lama menyepi di blog nie..tapi..aku still hidup lagi okeh..sorry la lama tak update blog..cehh..budget cam orang tertunggu-tunggu plak aku update erk..Lately nie memang tak sempat nak update plus ngan mood pun tak muncul-muncul plak...

Alhamdullilah, pada 6/11 /10, aku & Encik Se7en telah selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis yang serba sederhana..Even start lambat sikit, sebab cuaca yang tak berapa baik, tapi semuanya telah berjalan dengan sempurna..kecuali tudungku yang senget..hehehhe..

Meh aku share sikit gambar-gambar masa majlis tuh...






Semoga ikatan pertunangan ini mampu mengukuhkan lagi hubungan kami dan berakhir ke jinjang pelamin...