Friday, September 30, 2011

Baby Dalam Kantung

Baby masa 8 minggu...Scan pada 28.9.2011

Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.
Sumber: Baby Center

Masa scan tu, dapat tengok jantung dia berdenyut..seronok sangat..rugi Papa tak de..hahaha...Doc kata nanti kandungan masuk 18 minggu scan lagi..tak sabar nak tengok baby lagi...

4 comments:

  1. semlam su scan mase 18 minggu..aktif baby nye..kaki tangan dia..sebak je

    ReplyDelete
  2. xpe,papa nk tgk next scan nti..aritu papa kne work..xde chance la..

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!