Tuesday, September 6, 2011

Raya Pertama Lepas Kahwin

Tahun nie merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri...Seronok seronok seronok!!!Walaupun baju tak sedondon sebab tukang jahit a.k.a. Mama sibuk duk siapkan tempahan baju orang lain..sob sob sob..nyesal tak beli dah siap okeh..tahun depan Mama kata nak pencen dah amik tempahan, tapi kalau Mama tak pencen jugak, harus aku beli je lah..tapi nak yang kat GENE MARTINO hokeh! Giler demand!

Tahun nie jugak beraya di rumah family aku dulu..sooo.. bertambah tambah tambah SERONOK! Tapi keseronokkan beransur pudar bila terpaksa balik rumah mertua pada hari raya kedua..siap buat drama air mata lagik...Kalah Fauziah Nawi tau!

Sehari sebelum raya, Iftar together gether dengan sanak-saudara sepupu sepapat dekat rumah nenek a.k.a umah pak muda...syok gile sbb dah 2 tahun kot tak join berbuka puasa macam tu..Pengalaman pertama untuk encik suami...Macam biasa aku dan sepupu2 sekepala group dapur la..siap ada nasi tambah, air tambah, punya lah kedekut tak nak bagi orang lain ambil, last2 kiteorang pun tak sentuh langsung segala tambah2 tu..hahahhaa..

Selalunya raya pertama rumah aku tak masak apa-apa..kiteorang g serbu makanan rumah nenek je..Tapi memandangkan tahun nie encik suami sudah menjoinkan diri, plus mak usu aku tak balik kampung, tak ade orang kat rumah nenek, maka aku telah memaksa Mama masak laksa and laksam. Konon2 aku nak tolong masak lah kan, sekali malam raya cousin aku ajak g merayau plak..cari baju anak dia..sebab baju anak dia pun sama Mama tak sempat jahit..hahahhaa...baju dia pun sama..hahahaha lagi...padan muka kami! balik-balik aje tengok semua dah siap...anak bertuah..hahhaha..Thank You, Mama! I Love You...

Lepas sembahyang raya, makan-makan kat rumah sendiri, then pergi rumah makcik pakcik makan-makan, makan-makan lagi..lagi dan lagi..balik rumah..pengsan!hahahha..best tak aktiviti aku??

Dah panjang sangat nie..nanti sambung part II plak okeh..Daaa.....

No comments:

Post a Comment

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!