Thursday, March 24, 2011

Karak-Laluan Puaka

24 March 2011

Semalam sementara menunggu cerita Hikayat Merong Mahawangsa start, dia tayangkan satu trailer cerita hantu yang sangat mengerikan bagi aku..Seriously, aku tak sanggup nak tengok untuk kali kedua..dan dinasihatkan juga untuk adik aku yang sure akan baca post ni, sila jangan tengok video kat bawah nie ye.




KARAK-LALUAN PUAKA merupakan filem terbaru terbitan KRU, arahan Yusri KRU yang akan ditayang kan tak lama lagi..aku tak ingat bulan bila...cuba korang tengok kat trailer tu kalau berani..sebab aku tak sanggup nak tengok lagi...

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Niat dihati nak tengok, tapi takut pulak sebab start bulan 5 nanti nak kena duk sorang sampai la akhir bulan 5 baru berdua balik,..aku nie kalau dah tengok cerita-cerita ngeri memang confirm la kan setahun pun boleh terbayang-bayang..

Masa nak copy paste embedded trailer nie kat Youtube, aku tertengok sikit, terus seram sejuk sampai sekarang..hampeh tul..

4 comments:

  1. hahaha cissssss

    dah takut kalau nak lalu karak malam2 kang

    ReplyDelete
  2. Sebagai org Pahang movie ni mesti aku tengok. Tgk trailer macam best. Esp scene orang kne jamah atas kereta tu. Cite tu famous gle dari mase aku kecik2 dulu lagi.

    ReplyDelete
  3. nampak macam best...mesti tonton nih..

    ReplyDelete
  4. eiiuwwwww.. citer apa weyh??? nasib baik bagi amaran... baru exsited nak bukak.. hohoh..;p

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!