Friday, April 22, 2011

Bride To Be : 38 Pantang Larang Bakal Pengantin

22 April 2011

 38 days more to go....
pejam celik pejam celik, semakin terasa debarannya!!
Meh nak share sikit petua dan pantang larang untuk bakal-bakal pengantin macam aku ni.
Actually yang aku jumpa tu ada 44, tapi aku ambil yang mana aku fikirkan masih relevan dan boleh diterima oleh otak aku nie..
Let's check it out ye bakal-bakal pengantin!
  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
  4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
  30. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  31. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  32. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  33. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  34. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  35. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  36. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  37. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  38. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

5 comments:

  1. tambahan :

    1) dilarang berblogging selama 30 hari kerana dikuatiri akan disantau menggunakan santau internet..
    2) dilarang ber"facebook" terutama ketika kerja kerana dikuatiri akan menyebabkan usus perut tak stabil dan lapar2..
    3) dilarang memakai kasut atau selipar atau sebarang sandal (high heels pun tak bole) ketika keluar rumah supaya kaki bakal pengantin perempuan akan lebih berseri2 ketika diatas pelamin.
    4) dilarang percaya petua orang2 tua..kite ni orang2 zaman moden..jgn la pecaya tahyul mahyul nih..bak kate husin antu kak limah, "mekeme2 ni sume, pecaya sgt dgn tahyul mahyul, yg itu kene sorok dgn antu, yg ini kawin dgn org bunian, Apabila minda kita maju di arus pembangunan, maka akan pupuslah tahyul-mahyul ini...heh!!

    ReplyDelete
  2. terBAEK komen se7en tuh! hehe.. anyway, smoga dipermudahkan masa hari penting tu.. :)

    ReplyDelete
  3. panjangnya list nk kena ikut...=]

    ReplyDelete
  4. @se7en wak luuuuuuuu.... this is not tahyul mahyu..and xde salahnye pun petua-petua di atas tu...meh cnie cepat!!!nak lempang laju2

    ReplyDelete
  5. ni yang teringin nak kawen ni..huhu


    Blackrose's latest entry: Hari Bumi 2011

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!