Saturday, June 25, 2011

Tips Melayan Suami

AMARAN!!! Bukan layan yang gitu-gitu ye...

  • Diam & mendengar ketika suami sedang bercakap.Jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
  •  Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
  • Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
  • Segera melakukan sesuatu yang disuruh oleh sumai..Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya.
  • Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
  • Sentiasa sediakan barang-barang keperluan seperti gosokkan baju kerja, sediakan stokin yang hendak dipakainya..
  • Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
  • Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
  • Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
  • Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. 

NOTE : Panduan untuk diri sendiri dan juga isteri-isteri di luar sana...Tips ni aku dapat dari Website Tentang Cinta.. Banyak lagi Tips menarik yang boleh korang baca dan jadikan panduan.

No comments:

Post a Comment

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!