Tuesday, January 26, 2010

Kerajaan tidak bincang hapuskan COLA

Mungkin ramai yang dah baca berita nie sebenarnya..aku yang lambat update..kekurangan masa.Memandangkan xade update baru yg nak di post..so aku post je lah berita nie..mana tahu ada yang terlepas pandang.

KOTA BHARU 24 Jan. - Kerajaan tidak pernah berbincang sama sekali mengenai cadangan untuk menghapuskan elaun yang dinikmati kakitangan awam pada masa kini seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, khabar angin yang mengatakan elaun tersebut akan dipotong sengaja dicipta oleh pihak tertentu semata-mata untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi parti pembangkang sekarang.

Beliau berkata, ia disebabkan pembangkang cuba mencari isu untuk menghimpit dan menekan kerajaan kerana rakyat berada dalam keadaan yang agak susah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

"Saya tengok isu COLA sebenarnya satu isu yang tidak ada tetapi diada-adakan disebabkan pembangkang nampak isu-isu yang ada sekarang hanya menekan mereka, jadi mereka cari isu untuk menampakkan kerajaan tidak prihatin keadaan rakyat yang berada dalam keadaan susah akibat kemelesetan ekonomi.

"Kerajaan tidak pernah bincang langsung pasal tarik balik COLA atau ITKA, kalau bincang pasal subsidi adalah, itu pun perkara biasa tetapi COLA tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Perbankan Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar / Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Ia merupakan cawangan pertama BSN di negara ini yang memberikan perkhidmatan khusus dalam sistem perbankan Islam.

Pada majlis tersebut seramai 10 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa menerima sumbangan dari BSN.

Awang Adek berkata, beliau berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan khabar angin mengenai penghapusan COLA yang disebarkan pihak tertentu untuk mencari modal politik murahan.
 So..korang jangan lah risau & cepat menggelabah erk..selagi xderk surat pekeliling yang sah dari JPA, kita masih lagi selamat....

2 comments:

  1. org kerajaan ler nie..sma la kita yerk..

    ReplyDelete
  2. Jangan terlalu awal untuk mempercayai sesuatu berita. Sohehkan dulu.

    Semua tu karut. Sampai sekarang, tiada lagi khabar cola kena potong.

    Kementerian Pendidikan baru mendapat RM 700 juta iaitu dana untuk pendidikan seperti baucer tusyen, RMTS dan lain-lain..

    wassalam...

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!