Friday, August 13, 2010

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos - 29 Ogos 2010
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo C...lub, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.
Aku dah pernah pegi dah last year..barang-barang dia memang murah..tapi masa last year banyak barang untuk lelaki & kanak-kanak..kasut lelaki banyak gila..and sale gila-gila punya...Aku tengok lelaki-lelaki yang ada kat situ pun macam dah rambang mata cam perempuan..hahah..

Korang jangan tak tahu, lelaki ni even dia jarang shopping, tapi sekali shopping..makk aiii....kalah perempuan..seyes k..sebab Encik Se7en pun cam tu lah..siap suh aku tolong pegang lagi barang yang dia nak beli sementara dia pergi tengok-tengok barang lain..muahahha..sekali sekala jek tak pe ar, selama nie aku je membuli dia suh bawa barang-barang aku shopping..hehehhe..

Haaa...jangan lupa pergi beramai-ramai yep....

1 comment:

  1. puasa penuh dulu..barang raya lambat agi..baru 3 hari poser..hehe

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!