Saturday, January 29, 2011

Tuan Cuti, Blog Pun Cuti !

29 Januari 2011

Salam semua.. hari ni aku dah start bercuti selama seminggu..erh, lebih seminggu lah...10 hari..lama gila kan? Aku sure ramai pekerja yang cuti macam aku jugak, especially pekerja goverment..sebabnya dapat cuti direct for the whole week dengan hanya apply cuti 2 hari..tu untuk yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.. Sebabnya 1hb Februari 2011 adalah Hari Wilayah.Then sambung pulak dengan cuti Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari.. Syoknye..aku dah merancang cuti ni dari last year lagi..Aku bab-bab cuti ni memang advance betul!hehehehe...

Actually aku bukan cuti pergi mana pun, just balik kampung halaman tercinta je..Rindu dekat si kecik berdua!Itupun lambat tempah tiket jet, terpaksalah bayar lebih dari biasa..uhuhuhu..tak pelah, pengorbanan..Adik aku yang berdua tu dah balik dengan bus 2 hari lepas. Sejak menjak dah naik jet nie, langsung dah tak nak naik bus..over betul minah nie..Lor..aku bukan nak berlagak lah, aku tak naik bus bersebab..sebab aku ni mabuk bus..even aku telan pil tahan muntah pun, aku tetap muntah jugak...Padahal, aku start travel by bus untuk perjalanan yang jauh dah dekat 10 tahun..tapi tetap sama gak..kalau dulu, travel ngan kereta pun aku sangat-sangatlah lemah semangat! Maunya nak kena berhenti 5, 6 kali kalau bawak aku g jenjalan jauh-jauh... Aku tak suka aircond. Kalau aku tertidur dalam kereta, then ayah aku pasang aircond, automatic aku akan terjaga dan cakap:
" kenapa pasang aircond?"
hahhaha..terpaksa lah orang lain mengalah ngan aku...

Mood tengah gembira nak balik kampung..tapi yang tak gembiranya dengarnya Encik Se7en dapat balik dari kursus nextweek.tapi aku still kat kampung..sedih tak dapat jumpa..dia balik pun 2 hari je kot..sob..sob...terpaksalah tunggu bulan 3 nanti baru dapat jumpa..huwaaaaaaaaa..............

Duk meroyan kat sini kang ada gak orang yang terlepas jet nie..oklah, flight aku pukul 4, nak g siap-siap and pergi ke LCCT. Kali ni pergi sendiri naik ERL, tak ada orang hantar..harap-harap tak sesat..huhuhu...Bye korang!!! Tolong tengok-tengokkan blog aku tau!Selamat Bercuti & Happy Chinese New Year to all Chinese readers..erh, ada ke? hehehhee

6 comments:

  1. elie tak cuti pun!
    asgnment sgt byk! :(

    ReplyDelete
  2. orait! selamat becuti...aku pun nak balik kg besok

    ReplyDelete
  3. da pindah somban. x leh dpt cuti wilayah lagi ;(

    slamat bercuti ina ;)

    ReplyDelete
  4. bln 3 baru dpt jmpa buah ati?ciannyeee..mst rindu kan..cepat2 la kawen mcm i ni..hehhe

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!