Saturday, June 5, 2010

Love Puding Marble

Puding Marble dah tinggal separuh, baru aku teringat nak cerita kat korang..aku ni kalau time lapar, hobi aku ialah tengok gambar makanan, tengok resepi..pastu berangan nak buatlah kononnya..siap print resepi bagai..kat atas freeze aku tu rasanya semak ngan resepi saja..dari kuih muih sampailah segala lauk pauk..semuanya aku guna resepi..terima kasih resepi sebab jadikan aku seorang yang pandai memasak..pandai ke??ahaks...

Terbaru aku dapat resepi  dari blog Kak Wan. Best blog Kak Wan ni, macam-macam resepi ada..tak pecaya??pergilah jenguk. Puding Marble punya pasal, aku sanggup naik bus ke kedai kek yang kat flat hijau tu untuk beli barang-barang..semangat nie..dan malamnya..lam kul 10 lebih..aku telah memulakan operasi besar-besaran...jom....

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
1350ml air
450gm gula
100gm mentega
8 biji telur (boleh kurangkan jika suka)
1 tin susu sejat ideal
2 sdm tepung kastard
2 sdm serbuk koko + 1 sdm air panas, kacau rata/coklat emulco
2 tsp esen vanila
Pewarna coklat dan kuning
Daun pandan

Loyang 9" - dibasahkan terlebih dahulu

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan.

 note: aku tak de daun pandan..kira halal lah..

2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, kacau hingga tidak bergentel. Masukkan ke dalam blender bersama telur. Kisar sekejap, kemudian tapis.


3. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi, buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian.

4. Bahagian pertama dimasukkan pewarna kuning dan bahagian kedua di masukkan pes koko.
Note : 2 sdm serbuk koko + 1 sdm air panas, kacau rata/coklat emulco..aku letak lebih sikit ...

 Note: Lupa nak masukkan pewarna kuning...hehehhe..

5. Ambil satu senduk warna kuning, tuang ke dalam loyang, di ikuti satu sendok warna koko tuangkan di atas warna kuning tadi, ulang melapis berselang seli hingga habis.


6. Apabila menuang adunan pastikan tuangan rendah hampir kepada lapisan sebelumnya kerana apabila adunan semakin menebal di dalam loyang, coraknya akan bercampur. Tuangan tinggi akan merosakkan corak marble atau pelangi tadi.


Sangat sedap ok..aku bawa ke ofis..satu bekas bg kepada s/u..satu belas lagi tu nak simpan untuk Encik Se7en..S/u kata kat aku..
"sedap iena masak..pandai iena masak macam-macam..mesti abang sayang sangat kat iena.Untung abg Na dapat Na.."

Dengar tu Encik Se7en..hahahha..tetiba jek mempoyokan diri..Jangan lupa cuba resepi ni ok..Dapatkan banyak lagi resepi di blog Kak Wan.

7 comments:

  1. hebatlah kakwan tersebuttt wawan ni dok tak expert masak lagiiii

    ReplyDelete
  2. Sejuk2 sedap makan ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  3. ingatkan tgk gambar makanan saja dah boleh buat perut jadi kenyang ;p

    ReplyDelete
  4. linglung : makin lapa ade ar..hahahhaa..

    ReplyDelete
  5. aku suke la wat mende2 camni..
    sejuk je masok perot haha

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!