Monday, May 31, 2010

Nasi Goreng Gila

Sapa pernah makan Nasi Goreng Gila?
Apesal nama Nasi Goreng tu macam tu?
Nak makan pun takut ar..rakut jadi gila..
hehehe..


Sapa-sapa nak try Nasi Goreng Gila nie..sila amik resepi kat bawah..
Pengirim email tu yang bagi..hahah..selamat mencuba!
Kalau sedap bagitahu aku erk..nanti aku nak cuba plak..

Nasi Goreng Gila

Bahan utama:
1 piring nasi putih
1 butir telur ayam, goreng hancur
1 batang daun bawang, dihiris
1/2 sudu teh kicap ikan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu besar serbuk lada
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan acar mentimun
Bahan Kedua (untuk sos):
5 batang sosej, potong nipis
7 ketul daging lembu, direbus & hiris nipis
1 biji bawang besar ukuran sedang, cincang halus
4-5 ulas bawang putih, cincang kasar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili pedas
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuat nasi goreng gila :
Pertama : Membuat nasi goreng : masukkan minyak goreng, telur, daun bawang, nasi putih. Goreng dengan api sedang. Tambahkan kicap, garam, gula, dan serbuk lada.
Kedua : Membuat sos : Tumis bawang besar sampai layu, tambahkan bawang putih masak sampai harum. Masukan daging yg telah di hiris nipis, stir-fry sampai masak. Tambahkan sosej, sos tiram dan sos cili pedas. Tuang air, tambah garam dan perisa, goreng hingga masak.
Terakhir : Setelah tumis sosej dan jamur masak tuangkan ke atas nasi goreng. Tambahkan acar mentimun.

TIPS TAMBAHAN : Ingat, jangan ketawa-ketawa berlebihan sambil makan nasi goreng gila …. nanti betul2 jadi gila .. hahaha …

6 comments:

  1. ha'a..tak pernah dengar pon. kat mane ni? takut la...tah2 org gile yg wat..haha

    ReplyDelete
  2. makan nasi sambil bace majalah gila2..

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!